4/17/17

Regarding portrait painting

Assalamualaikum. Hai.

It's already 2AM (Monday) and yeah I'm still awake and my life has been going on like this for the past few weeks. I'm busy T_T Weekdays: Classes (packed as always), meetings... Weekends: Programs around campus/outside campus... So Ahad malam kena stay up nak settle-kan apa yang boleh settle. My definition of busy is when I don't have enough time to study anymore ugh it hurts every time the lecturer asks something and I can't think of any answer. I get demotivated easily and I often think I failed as a student. /sighs/

OK enough with that. Just nak thank mereka yang pernah tempah lukisan dekat iolls masa PROMO hari tu. Tak promote sangat dekat kawan-kawan sebab malu punya pasal (at least promote dekat blog orang tak kenal aku) HAHAHA. I'm not a professional so I'm sorry kalau ada yang rasa hasil lukisan tu tak menjadi ke apa T^T I'm not talented macam Teme Abdullah si Pelukis Jalanan tu (tetiba) T^T Kalau tak puas hati tu jujur jelah, aku boleh lukis balik (pernah terjadi lol).

FEBRUARY - MARCH 2017 COMMISSIONED PORTRAIT
MEDIUM - GOUACHE

Sebelum ni iolls tulis potret tu pakai water colour tapi medium sebenar yang digunakan ialah gouache. Ramai yang bertanya jadi kena clarify sikit pasal ni hoho. Gouache ni pun macam water colour jugak cuma lagi pekat, tu pasal nampak lain.

PROMO telah lama tamat so ini merupakan harga kini:

POTRET (COLOUR)
Medium: Gouache

Size A5 (separuh A4): RM20 (ini yang iolls buat promo haritu)

Size A4: RM40


*Kalau ada lebih daripada satu kepala dalam satu gambar, harga jadi lain tau. Contohnya saiz A5 tu kalau lukis dua orang, harga jadi RM25. Maximum dua orang je dalam satu A5. Kalau A4, maximum empat orang dalam satu lukisan. Dua orang - RM45, Tiga orang - RM47, Empat orang - RM50. Haa gitu.

POTRET (BLACK&WHITE)

Medium: Pencils

Size A5 (separuh A4): RM10

Size A4: RM20


*Untuk black&white, sama jugak, maximum dua orang dalam satu A5, maximum empat orang dalam satu A4. Kalau A5, nak dua kepala, RM15. Kalau A4, dua kepala - RM25, tiga kepala - RM27, empat kepala - RM30. Tak faham boleh tanya.

Harga di atas termasuk postage sekali, don't worry. Tempahan dibuka selama-lamanya selagi iolls tak declare tempahan ditutup kahkah.

 
Ini contoh kalau BLACK&WHITE punya.

BERMINAT? Boleh hantar gambar yang hendak dipotretkan kepada saya aisyasakura@gmail.com sekarang juga! Kalau boleh gambar orang tu HD lah sikit, kalau gambar selfie lagi bagus sebab takyah iolls nak zoom banyak-banyak sampai kabur huhu T^T

Sekian, terima kasih.

4/2/17

Lazada Malaysia Big Baby Fair

Klik banner untuk join

Bersempena dengan LAZADA'S BIG BABY FAIR yang bertarikh 27 Mac hingga 2 April 2017, Lazada ada menawarkan diskaun sehingga 85% uollssss! Barang baby memang sangatlah mahal, itu kita semua sedia maklum so bila ada sale ni wajib pergi tengok! Hari ni 2 April hari last sale kaw kaw ini! Cepat pergi serbu! http://www.lazada.com.my/big-baby-fair/

Walaupun iolls belum mempunyai anak selain anak tekak, nak jugalah berangan shopping barang baby dengan menjawab soalan ini. Baby, baby, baby oh~~~~ (nyanyi lagu Justin Bieber).

a. What is your favourite brand of diapers for your baby (or future baby)? 
Huggies. Ini adalah akibat daripada pengaruh iklan di televisyen di mana lagu "Huggies~ Pull up pants~" didendangkan dengan suara bayi yang kiut miut. Nampak mudah untuk sarung lampin tersebut ngehngeh.

b. What is your favourite choice of baby formula for your baby (or future baby)? 
Enfagrow A+. Juga akibat pengaruh TV ngehngeh.

c. Choose 1 product from Lazada Malaysia you'd like to get for your children (or future children). 
Disebabkan dulu masa kecik-kecik suka sangat mainan masak-masak dan zaman sekarang mainan masak-masak sangat advance uolls, saiz lagi besor daripada budak, saya sungguh cemburu melihat kanak-kanak zaman kini. Teringin nak main jugak (LOL) so iolls pun beranganlah nak belikan future daughter mainan ini (motip: supaya boleh join main sekali mwahahaha).

It's ridiculously cheap after discount. I WANTTT.

4/1/17

The Big Five Personality Test

Assalamualaikum dan hai.

Sambil menunggu watercolour atas kertas di sisiku ini kering dengan penuh kebosanan, sambil mendengar lagu sedih tangkap leleh, aku merasa terpanggil untuk menaip entri ini.

Salah satu subjek yang aku telah ambil ialah Psychology. Tak belajar banyak pun Psychology, cukuplah sekadar ilmu Psychology yang basic dan yang boleh relate dengan kehidupan dan akan membantu untuk hadap patient bila dah bergelar doktor nanti.

Sejujurnya aku sangat enjoy belajar Psychology tapi ada lah jugak teori Barat yang aku tak boleh nak terima sebab bertentangan dengan Islam *lipat lengan* Eh, tapi hari ni sesaje nak share satu personality test yang aku belajar masa Psychology dan nak paksa korang buat test ni sebab rasa macam... ini antara personality test yang paling bagus yang pernah aku buat *kening kening* Bolehlah klik link di bawah yer.

THE BIG FIVE PERSONALITY TEST

Explore your personality with the highly respected Five Factor model (AKA the Big Five). You'll see how you stack up on 5 major dimensions of personality: Openness, Conscientiousness, Agreeableness, Extraversion, and Neuroticism.
The Big Five model of personality is widely considered to be the most robust way to describe personality differences. It is the basis of most modern personality research. This 50-question inventory is based on questionnaires used in professional research settings and will evaluate your personality on each of the Five Factors.

Lepas buat test ni, result aku mengatakan bahawa dalam lima dimensi personaliti tersebut, aku paling dominant dalam Conscientiousness iaitu sebanyak 75%. Kalau tinggi dalam aspek ni kiranya korang berdisiplin, rajin, organized, dan determined nak achieve sesuatu goal. *kembangkan hidung* *lalat masuk lobang hidung*



Di tangga kedua ialah Agreeableness iaitu sebanyak 57.5%. Kiranya kalau aspek ni tinggi dalam personality korang, maknanya korang jenis yang mampu meletakkan keperluan orang lain dahulu sebelum keperluan diri sendiri. Kiranya tak pentingkan diri lah. Orang yang tinggi dalam aspek ni mudah berkerjasama dan tak suka compete, dan jugak mudah memaafkan. (Sebenarnya aku agak mementingkan diri kahkah tapi tak suka compete dan pemaaf tu bolehlah.)



Di tangga ketiga dalam personality trait aku ialah Openness iaitu sebanyak 52.5%. Kalau korang paling dominant dalam aspek ni, kiranya korang mampu berfikiran abstrak dan kompleks. Kreatif mungkin? Tapi aku jenis yang fikir konkrit so memang patutlah dapat low dalam Openness.


Trait Extraversion dan Neuroticism aku berada pada peratus yang sama iaitu sebanyak 37.5%. Dia tulis aku low dalam extraversion dan moderate dalam neuroticism. 

Low dalam Extraversion simply means that korang seorang yang lebih kepada introvert. Tapi yang bagusnya kalau low dalam extraversion ni, "they tend not to be interested in money or status, and would rather lead a life that is personally pleasing than the one that gains them attention of others."




Pastu dia kata aku punya Neuroticism adalah moderate. Kalau korang tinggi dalam trait ni, bila ada something negative yang terjadi, korang lebih cenderung untuk takut, gelisah, marah, atau sedih. Tapi disebabkan aku punya trait Neuroticism adalah moderate, aku punya reaction bila terjadi sesuatu yang negatif tak adalah over sangat, dan tak adalah tak bagi reaction langsung (eh benda ni yang kata gitu hokay.)



Bila belajar pasal benda ni aku rasa macam, SubhanAllah... Allah jadikan manusia ni macam-macam personaliti. Lain orang lain cara fikir. Sebab tu kita manusia ni saling memerlukan dan saling melengkapi. Even para Sahabat Rasulullah pun semua ada personaliti yang berbeza-beza. Saidina Umar dengan ketegasannya, Saidina Uthman dengan kelembutannya, dan sahabat-sahabat lain yang masing-masing bawak peranan yang berbeza untuk tegakkan Islam.

So... personaliti korang dominant yang mana? Bolehlah cuba personality test ni.