4/1/17

The Big Five Personality Test

Assalamualaikum dan hai.

Sambil menunggu watercolour atas kertas di sisiku ini kering dengan penuh kebosanan, sambil mendengar lagu sedih tangkap leleh, aku merasa terpanggil untuk menaip entri ini.

Salah satu subjek yang aku telah ambil ialah Psychology. Tak belajar banyak pun Psychology, cukuplah sekadar ilmu Psychology yang basic dan yang boleh relate dengan kehidupan dan akan membantu untuk hadap patient bila dah bergelar doktor nanti.

Sejujurnya aku sangat enjoy belajar Psychology tapi ada lah jugak teori Barat yang aku tak boleh nak terima sebab bertentangan dengan Islam *lipat lengan* Eh, tapi hari ni sesaje nak share satu personality test yang aku belajar masa Psychology dan nak paksa korang buat test ni sebab rasa macam... ini antara personality test yang paling bagus yang pernah aku buat *kening kening* Bolehlah klik link di bawah yer.

THE BIG FIVE PERSONALITY TEST

Explore your personality with the highly respected Five Factor model (AKA the Big Five). You'll see how you stack up on 5 major dimensions of personality: Openness, Conscientiousness, Agreeableness, Extraversion, and Neuroticism.
The Big Five model of personality is widely considered to be the most robust way to describe personality differences. It is the basis of most modern personality research. This 50-question inventory is based on questionnaires used in professional research settings and will evaluate your personality on each of the Five Factors.

Lepas buat test ni, result aku mengatakan bahawa dalam lima dimensi personaliti tersebut, aku paling dominant dalam Conscientiousness iaitu sebanyak 75%. Kalau tinggi dalam aspek ni kiranya korang berdisiplin, rajin, organized, dan determined nak achieve sesuatu goal. *kembangkan hidung* *lalat masuk lobang hidung*



Di tangga kedua ialah Agreeableness iaitu sebanyak 57.5%. Kiranya kalau aspek ni tinggi dalam personality korang, maknanya korang jenis yang mampu meletakkan keperluan orang lain dahulu sebelum keperluan diri sendiri. Kiranya tak pentingkan diri lah. Orang yang tinggi dalam aspek ni mudah berkerjasama dan tak suka compete, dan jugak mudah memaafkan. (Sebenarnya aku agak mementingkan diri kahkah tapi tak suka compete dan pemaaf tu bolehlah.)



Di tangga ketiga dalam personality trait aku ialah Openness iaitu sebanyak 52.5%. Kalau korang paling dominant dalam aspek ni, kiranya korang mampu berfikiran abstrak dan kompleks. Kreatif mungkin? Tapi aku jenis yang fikir konkrit so memang patutlah dapat low dalam Openness.


Trait Extraversion dan Neuroticism aku berada pada peratus yang sama iaitu sebanyak 37.5%. Dia tulis aku low dalam extraversion dan moderate dalam neuroticism. 

Low dalam Extraversion simply means that korang seorang yang lebih kepada introvert. Tapi yang bagusnya kalau low dalam extraversion ni, "they tend not to be interested in money or status, and would rather lead a life that is personally pleasing than the one that gains them attention of others."




Pastu dia kata aku punya Neuroticism adalah moderate. Kalau korang tinggi dalam trait ni, bila ada something negative yang terjadi, korang lebih cenderung untuk takut, gelisah, marah, atau sedih. Tapi disebabkan aku punya trait Neuroticism adalah moderate, aku punya reaction bila terjadi sesuatu yang negatif tak adalah over sangat, dan tak adalah tak bagi reaction langsung (eh benda ni yang kata gitu hokay.)



Bila belajar pasal benda ni aku rasa macam, SubhanAllah... Allah jadikan manusia ni macam-macam personaliti. Lain orang lain cara fikir. Sebab tu kita manusia ni saling memerlukan dan saling melengkapi. Even para Sahabat Rasulullah pun semua ada personaliti yang berbeza-beza. Saidina Umar dengan ketegasannya, Saidina Uthman dengan kelembutannya, dan sahabat-sahabat lain yang masing-masing bawak peranan yang berbeza untuk tegakkan Islam.

So... personaliti korang dominant yang mana? Bolehlah cuba personality test ni.

1 comment:

  1. BV minat pasal psychology nie, sebab kekadang kita boleh kenal personaliti seseorang dari cara bercakap, cara body language dan sebagainya.

    selalu jugak buat personality test kat macam2 website. hahahhaa

    ReplyDelete