May 29, 2017

Resipi Buah Melaka dan Kuih Ketayap

May 29, 2017 13 Comments

Juadah Iftar kegemaran saya ialah... Buah Melaka dan Kuih Ketayap! 
Dua-dua hijau... That's the power of pandan beybeh! Bila tiba sahaja bulan Ramadan mesti teringat dekat dua makhluk ni. Sebab tak sah kalau tak ada jual kat bazaar Ramadan setiap tahun. Dulu masa kecik-kecik my mom rajin buat Buah Melaka ni... Sampai ke besar melekat je kat mulut. As for kuih ketayap, dulu pernah ingat dia roti jala warna hijau hahaha I was so naive.

 
Original photo: +

Original photo: +

Senang je nak buat dua-dua kuih ni... Bagi yang tak ada idea nak sediakan apa untuk juadah berbuka, boleh cuba buat! Saya berbesar hati untuk berkongsi resipi seperti yang berikut:

Resipi Buah Melaka

Bahan-bahan:
  • 2 cawan tepung pulut (anggaran)
  • Air daun pandan (kisar daun pandan bersama sedikit air dan tapis)
  • Pewarna hijau makanan (dilarang keras menggunakan watercolour Buncho)
  • Sedikit air
  • Gula melaka
  • Kelapa parut yang digaul garam sedikit
Cara-cara:
  1. Tambah air sedikit demi sedikit ke dalam tepung pulut sehingga menjadi doh. Pastikan tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembik dan tidak melekat pada bekas adunan. Setelah itu, uli lagi sambil tambah air daun pandan sedikit demi sedikit. Uli lagi dengan tambah sedikit pewarna hijau.
  2. Potong gula melaka membentuk kiub-kiub kecil.
  3. Panaskan air sehingga mendidih (masukkan sekali daun pandan).
  4. Ambil sedikit doh tadi, penyekkan dan masukkan sedikit gula melaka yang sudah dipotong, dan bentukkan bulat. Boolat boolat wokeh.
  5. Masukkan dalam air mendidih tadi. Kalau timbul, maknanya sudah masak.
  6. Toskan, dan boleh golekkan dekat kelapa parut. Siap!

Resipi Kuih Ketayap

Bahan-bahan:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan santan
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil garam
  • Pewarna hijau makanan
  • Kelapa parut
  • 1/4 cawan gula melaka
  • 1/4 cawan gula pasir
  • Daun pandan 4-5 helai
  • Garam
Cara-cara:
  1. Masak di atas api perlahan kelapa parut, air, gula merah, gula pasir, garam dan daun pandan. Kacau sehingga sebati dan sedikit kering.
  2. Masukkan santan, tepung gandum, garam, telur, dan beberapa titis pewarna hijau ke dalam bekas dan kacau sehinggalah sebati/tiada ketulan. Pastikan komposisinya cair.
  3. Guna kuali preferably pan yang rata, letak minyak sedikit, tuang satu sentuk bancuhan, ratakan ke dalam kuali sampai masak. Ala-ala pancake gitu.
  4. Angkat, dan gulungkan dengan inti kelapa parut yang sudah bergula tadi. Siap!
Haaa, nak sediakan juadah berbuka semestinya mudah dengan Lazada. Barang-barang dapur pun boleh dapat dekat Lazada, tak perlu susah-susah nak ke pasar. Barang elektrik pun banyak pilihan untuk tolong bersilat di dapur.

Tambahan pula, sekarang Lazada ada promotion sempena Ramadhan dan Raya! Marhaban Ya Ramadhan and Riang Ria Raya sale yang berlangsung dari 19 Mei hingga 30 Jun dengan diskaun sehingga 90% tau! Jom serbu! http://www.lazada.com.my/riang-ria-raya/

Cadangan produk untuk penyediaan juadah berbuka dari Lazada:

Nak blend daun pandan untuk Buah Melaka? Blender ni nampak bagus banget deh!

Nak buat inti kuih ketayap? Boleh saja beli gula perang dari Lazada. Ada potongan harga lagi tu. Waduh jiwa mak-mak dalam diriku meronta-ronta dibuatnya.

May 25, 2017

COSRXxHermo Skincare Haul

May 25, 2017 9 Comments
I had my eyes on COSRX products ever since I watched joankeem's vlog. Haih entahlah sejak masuk undergraduate studies memang stress je memanjang kot, hormon segala bagai tidak begitu stabil, makan tak jaga sehingga muka banyak blemishes :-( I know if I jaga makan boleh elok sikit muka tapi mengada-ngada nak buat investment dekat skincare products kahkah.


Haritu Hermo ada buat SALE COSRX and I was like ohmyyyyyyyyyyyy thank you very much Hermo! Jimat almost RM50 for Top 3 COSRX products that I've always wanted hihiii.

I notice the box has changed. Niceeee.

So I just had to choose which package yang I nak purchase. I chose the package yang ada Cosrx Low PH Good Morning Gel Cleanser 150ml, Cosrx AHA/BHA Clarifying Treatment Toner 150ml, and Cosrx Acne Pimple Master Patch 24patch. RM79 not including GST and postage.

Haven't tried the gel cleanser. I've tried the acne patch two times, but I didn't see any significant change on my acne? I'm not sure if I used it correctly.


I've been neglecting toner in my daily skincare routine. Haven't tried this one too.


Yeay! Free samples!

This sticker set is so cute!

RETAIL RM128.40
YOU SAVED (RM49.40)
SUBTOTAL RM79.00
GST @ 6% RM4.74
SHIPPING FEE RM6.80
TOTAL
RM90.54

I'm so satisfied with Hermo's service. Fifth order already! Tengoklah kalau rajin iolls buat review okay. Tataaaa.

May 15, 2017

#MyTravelAdventure - Makan angin di Cameron Highlands, Pahang

May 15, 2017 9 Comments
Assalamualaikum dan hai semua ^^

Memandangkan 2017 merupakan tahun melawat Pahang, izinkan hamba menghasut tuan hamba semua untuk berkunjung ke Pahang *kening kening* Hamba bukanlah orang Pahang, tapi apakan daya, di sekitar Selangor/KL iaitu kampung halaman hamba hanya banyak pusat membeli-belah sahaja. Makanya jika tuan hamba mendambakan ketenangan, marilah ke Cameron Highlands! Yeehaa! (bunyi tarzan)

Jika anda tidak pernah gagal subjek Geografi ketika di sekolah dahulu, tentu anda semua sedia maklum bahawa Banjaran Titiwangsa yang merupakan tulang belakang semenanjung Malaysia memberi sinar buat negeri ini. Di sinilah terdapatnya banyak gunung-ganang dan hutan belantara yang membuatkan Pahang kelihatan hitam-kehijauan jika dilihat dari Google Earth. 

Suatu masa dahulu ketika diriku masih belum mencapai ketinggian 160cm, setiap kali orang sebut tentang Cameron Highlands je mesti terbayang strawberry, teh dan baju sejuk. Oleh sebab aku merupakan seorang yang adventurous dan tahan lasak (penipuan yang hakiki), aku inginkan lebih daripada itu. Makanya aku telah dibawa ke Gunung Brinchang untuk sesi hiking. Yeehaa!

Abang Brinchang kita ini sangat underrated tau. Hal ini membuatkan iolls begitu sedih (hahaha). Abang Brinchang kita ini begitu sado kerana banyak akar-akar sebesar kaki gajah yang tumbuh meliar di sana sini. Mengancam sungguh. Aummm.

Nampak sado bukan? Kalah biceps Aaron Aziz wakakaka.

Oh ya, anda juga dibenarkan untuk mengembangkan hidung anda sebesar-besarnya di sini untuk menyedut segala oksigen yang ada. Jangan risau, tiada seketul lalat (atau nama saintifiknya Musca Domestica) pun yang akan menghantui lubang hidung anda.

 
Antara pemandangan yang disajikan dalam perjalanan ke lokasi hiking. Tengok kehijauan hilang stress beb.

"Pintu" masuk mossy forest.

Kalau sesat boleh tengok papan tanda ni, tak perlu guna kompas lagi dah (ajaran sesat).

 
Ku lihat hijauuuuuuuuuuuu.

Dah sampai puncak haruslah mendaki menara ini pula. Kalau gayat duduk bawah jelah jawabnya.

 
Pemandangan dari atas menara. Aku cuba mencari kelibat tarzan tetapi hampa.

Skodeng orang bawah. Mereka tidak mahu berfotosintesis bersama iolls di atas menara. Gayat barangkali? Mujur iolls seorang yang berani hohoho.

Setelah penat hiking dan memecahkan lemak, eloklah kiranya kita pergi menternak lemak pula di Boh Tea Plantations. Aku suka gila dengan tempat ini - more like, suka cafe dia sebab aesthetic dan sangat sedap! Macam-macam teh ada. Teh strawberry, teh blueberry, teh halia (boleh main true or dare pastu suruh minum kalau pilih dare hohoh), dan lain-lain yang aku sendiri pun tak ingat. Pastries pun melambak sampai tak tahu nak pilih mana. Last-last aku beli teh blueberry. Egg tart pulak ada orang belanja. Kalau ikutkan hati nak je rasa semua blueberry/strawberry cheesecake, sardine puff, dan sebagainya tu T^T Nak pergi lagiii.


 
Sedap tak terkata T^T

ARGHHHHHH RINDUUUUUUUU RINDU SERINDUU RINDUNYAAAAAAAAAAAA. Namun engkau tak mengerti?

 
The tak menarik part.

Pengetahuan am.

Next, Lavender Garden! Nama je lavender garden tapi macam-macam bunga ada. Malangnya tak tahu pun nama semua bunga tersebut. Hanya mampu mengambil bau dan mencuci-cuci mata di samping suami tercinta. Harga tiket masuk kanak-kanak ialah RM3, manakala untuk orang dewasa pula saya tidak ingat, maaf.


Atap pun lawa.

 
Yeehaaaaaa!

Ada satu section di sebelah kaunter tiket yang mengingatkanku kepada Namsan Tower di Korea. Locks of love ini ada di mana-mana sekarang, untuk mengabadikan cinta anda kepada si dia lah kot. Boleh beli set kunci berbentuk heart dengan kertas dan nyatakan ucapan anda. Boleh letak lirik lagu rock kapak jiwang karat? Tapi harga kunci tersebut agak mahal.

 
Ini locks of love untuk pasangan bercinta lah kot.

Lawa sangatssssss izinkan hamba menangis di sini T^T

KYAAAAAAAAAAA.

Sel-sel otak berhubung sangat ni sampai kasut but pekebun pun boleh jadi pasu.

Izinkan aku menjadi bungamu wahai encik lebah? (Tak nampak lebah)

 
Antara contoh bunga.

Bunga-bunga berbatang besar yang dipamerkan juga turut dijual. Para pelancong boleh pilih dan petik sendiri bunga yang berkenan di hati dan boleh dibawa pulang. Tak ingat pula harga sebatang berapa ringgit. 

Strawberry pun ada di sini uollssssssss.

Siapa kata nak melancong kena belanja mahal-mahal untuk ke luar negara? Malaysia pun best, banyak lagi tempat menarik yang belum diuar-uarkan. Tinggal tunggu masa je blogger promote hehe.  So this is #MyTravelAdventure. What's yours? Akhir kata, cuti-cuti Malaysiaaaaaaaaaaaaa (suara perempuan lembut).

May 8, 2017

Studyblr

May 08, 2017 21 Comments
Assalamualaikum dan hai.

I love studying (well, sometimes). Especially kalau subjek tu aku memang minat. Part yang tak best-nya pasal belajar ni, aku selalu sangat lupa apa yang aku belajar. "Repetition is the key of learning." - terngiang kata-kata Dr. yang mengajar aku subjek Anatomy dulu. Hmm so baca jelah notes berulang-ulang kali. 

Disebabkan aku susah bebenor nak ingat kalau baca textbook/lecture notes, aku suka buat notes sendiri. Somehow bila baca tulisan sendiri lebih mudah ingat berbanding tulisan orang lain ataupun tulisan taip.

Pastu sekarang aku suka follow studyblr (oh ya, studygram juga) sebab rasa inspired tengok diorang buat notes cecomel lelawa. Dan mereka ini banyak recommend pens/highlighters/stationeries - rasa macam nak beli semua je! Gigih siap cari kat online shopping mall :P Tapi mostly mahal la kalau currency Malaysia huhuh.

My studyblr - Aistudies
So sekarang my fav are:

  • Monami Aqua Plus Ultra Fineliner (finishing sangat cantik tapi bila sekali terkena air aku boleh muram seminggu.)
  • Uni Propus Window Highlighters - Pastel colors (LAWA GILOSSS! Kawan-kawan ramai kata colour dia lawa hohoho.)
  • Gel ink pens - black (mixed from Mr. DIY, Yubiso, pen mughah-mughah made in China, etc.)


Suka guna sticky notes jugak sebab nak tambah warna warni kehidupan.

  
*prays hard supaya tak kena air*


Tried to make it looks neat but failed.

This is how the Monami fineliner looks like on paper.

At hostel.

At library. Purposely chose this spot because of the lighting (for the sake of taking pictures gais)

  
Late night revision.

Sometimes buat notes dekat blackboard sticker yang ditampal pada dinding (konon macam nak bagi ingat boleh jeling hari-hari tapi hampeh tak jeling pun mwahaha.)

Nak dijadikan cerita sedihnya, haritu aku semangat nak stay up untuk study tapi hostel takdak letrik. Gigih pasang lilin sampai dua. Inilah yang dinamakan "burn the midnight oil candles".

  
Sebab jakun sangat makanya aku buat photoshoot lilins. Terganggu fokus nak belajar ngeng betul la =.=