5/15/17

#MyTravelAdventure - Makan angin di Cameron Highlands, Pahang

Assalamualaikum dan hai semua ^^

Memandangkan 2017 merupakan tahun melawat Pahang, izinkan hamba menghasut tuan hamba semua untuk berkunjung ke Pahang *kening kening* Hamba bukanlah orang Pahang, tapi apakan daya, di sekitar Selangor/KL iaitu kampung halaman hamba hanya banyak pusat membeli-belah sahaja. Makanya jika tuan hamba mendambakan ketenangan, marilah ke Cameron Highlands! Yeehaa! (bunyi tarzan)

Jika anda tidak pernah gagal subjek Geografi ketika di sekolah dahulu, tentu anda semua sedia maklum bahawa Banjaran Titiwangsa yang merupakan tulang belakang semenanjung Malaysia memberi sinar buat negeri ini. Di sinilah terdapatnya banyak gunung-ganang dan hutan belantara yang membuatkan Pahang kelihatan hitam-kehijauan jika dilihat dari Google Earth. 

Suatu masa dahulu ketika diriku masih belum mencapai ketinggian 160cm, setiap kali orang sebut tentang Cameron Highlands je mesti terbayang strawberry, teh dan baju sejuk. Oleh sebab aku merupakan seorang yang adventurous dan tahan lasak (penipuan yang hakiki), aku inginkan lebih daripada itu. Makanya aku telah dibawa ke Gunung Brinchang untuk sesi hiking. Yeehaa!

Abang Brinchang kita ini sangat underrated tau. Hal ini membuatkan iolls begitu sedih (hahaha). Abang Brinchang kita ini begitu sado kerana banyak akar-akar sebesar kaki gajah yang tumbuh meliar di sana sini. Mengancam sungguh. Aummm.

Nampak sado bukan? Kalah biceps Aaron Aziz wakakaka.

Oh ya, anda juga dibenarkan untuk mengembangkan hidung anda sebesar-besarnya di sini untuk menyedut segala oksigen yang ada. Jangan risau, tiada seketul lalat (atau nama saintifiknya Musca Domestica) pun yang akan menghantui lubang hidung anda.

 
Antara pemandangan yang disajikan dalam perjalanan ke lokasi hiking. Tengok kehijauan hilang stress beb.

"Pintu" masuk mossy forest.

Nah, video penjelajahan. Abaikan suara-suara latar senior saya.

Kalau sesat boleh tengok papan tanda ni, tak perlu guna kompas lagi dah (ajaran sesat).

 
Ku lihat hijauuuuuuuuuuuu.

Dah sampai puncak haruslah mendaki menara ini pula. Kalau gayat duduk bawah jelah jawabnya.

 
Pemandangan dari atas menara. Aku cuba mencari kelibat tarzan tetapi hampa.

Skodeng orang bawah. Mereka tidak mahu berfotosintesis bersama iolls di atas menara. Gayat barangkali? Mujur iolls seorang yang berani hohoho.

Setelah penat hiking dan memecahkan lemak, eloklah kiranya kita pergi menternak lemak pula di Boh Tea Plantations. Aku suka gila dengan tempat ini - more like, suka cafe dia sebab aesthetic dan sangat sedap! Macam-macam teh ada. Teh strawberry, teh blueberry, teh halia (boleh main true or dare pastu suruh minum kalau pilih dare hohoh), dan lain-lain yang aku sendiri pun tak ingat. Pastries pun melambak sampai tak tahu nak pilih mana. Last-last aku beli teh blueberry. Egg tart pulak ada orang belanja. Kalau ikutkan hati nak je rasa semua blueberry/strawberry cheesecake, sardine puff, dan sebagainya tu T^T Nak pergi lagiii.


 
Sedap tak terkata T^T

ARGHHHHHH RINDUUUUUUUU RINDU SERINDUU RINDUNYAAAAAAAAAAAA. Namun engkau tak mengerti?

 
The tak menarik part.

Pengetahuan am.

Next, Lavender Garden! Nama je lavender garden tapi macam-macam bunga ada. Malangnya tak tahu pun nama semua bunga tersebut. Hanya mampu mengambil bau dan mencuci-cuci mata di samping suami tercinta. Harga tiket masuk kanak-kanak ialah RM3, manakala untuk orang dewasa pula saya tidak ingat, maaf.


Atap pun lawa.

 
Yeehaaaaaa!

Ada satu section di sebelah kaunter tiket yang mengingatkanku kepada Namsan Tower di Korea. Locks of love ini ada di mana-mana sekarang, untuk mengabadikan cinta anda kepada si dia lah kot. Boleh beli set kunci berbentuk heart dengan kertas dan nyatakan ucapan anda. Boleh letak lirik lagu rock kapak jiwang karat? Tapi harga kunci tersebut agak mahal.

 
Ini locks of love untuk pasangan bercinta lah kot.

Lawa sangatssssss izinkan hamba menangis di sini T^T

KYAAAAAAAAAAA.

Sel-sel otak berhubung sangat ni sampai kasut but pekebun pun boleh jadi pasu.

Izinkan aku menjadi bungamu wahai encik lebah? (Tak nampak lebah)

 
Antara contoh bunga.

Bunga-bunga berbatang besar yang dipamerkan juga turut dijual. Para pelancong boleh pilih dan petik sendiri bunga yang berkenan di hati dan boleh dibawa pulang. Tak ingat pula harga sebatang berapa ringgit. 

Strawberry pun ada di sini uollssssssss.

Siapa kata nak melancong kena belanja mahal-mahal untuk ke luar negara? Malaysia pun best, banyak lagi tempat menarik yang belum diuar-uarkan. Tinggal tunggu masa je blogger promote hehe.  So this is #MyTravelAdventure. What's yours? Akhir kata, cuti-cuti Malaysiaaaaaaaaaaaaa (suara perempuan lembut).

9 comments:

  1. Seronok je tengok gambar-gambar ni, bukit bukau yang menghujau dan segar. bunga-bungaan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya yang tukang upload ni pun seghonokk

      Delete
  2. tolonglah jgn panggil dia abang brinchang, tersedak tuan hamba baca! X'D
    cameron highlands mmng best sangatttt. saya suka sbb banyak bunga, strawberry, cuaca sejuk, makanan sedap T__T

    nak duduk pahanglah camni! hahaha

    ReplyDelete
  3. seriously aisya hiking? best tak?

    ReplyDelete
  4. Cameron Highland adalah satu tempat bercuti yang Siqah suka. Sejuk dan walau berkali pergi tak pernah bosan. Hehe.

    ReplyDelete