5/29/17

Resipi Buah Melaka dan Kuih Ketayap


Juadah Iftar kegemaran saya ialah... Buah Melaka dan Kuih Ketayap! 
Dua-dua hijau... That's the power of pandan beybeh! Bila tiba sahaja bulan Ramadan mesti teringat dekat dua makhluk ni. Sebab tak sah kalau tak ada jual kat bazaar Ramadan setiap tahun. Dulu masa kecik-kecik my mom rajin buat Buah Melaka ni... Sampai ke besar melekat je kat mulut. As for kuih ketayap, dulu pernah ingat dia roti jala warna hijau hahaha I was so naive.

 
Original photo: +

Original photo: +

Senang je nak buat dua-dua kuih ni... Bagi yang tak ada idea nak sediakan apa untuk juadah berbuka, boleh cuba buat! Saya berbesar hati untuk berkongsi resipi seperti yang berikut:

Resipi Buah Melaka

Bahan-bahan:
  • 2 cawan tepung pulut (anggaran)
  • Air daun pandan (kisar daun pandan bersama sedikit air dan tapis)
  • Pewarna hijau makanan (dilarang keras menggunakan watercolour Buncho)
  • Sedikit air
  • Gula melaka
  • Kelapa parut yang digaul garam sedikit
Cara-cara:
  1. Tambah air sedikit demi sedikit ke dalam tepung pulut sehingga menjadi doh. Pastikan tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembik dan tidak melekat pada bekas adunan. Setelah itu, uli lagi sambil tambah air daun pandan sedikit demi sedikit. Uli lagi dengan tambah sedikit pewarna hijau.
  2. Potong gula melaka membentuk kiub-kiub kecil.
  3. Panaskan air sehingga mendidih (masukkan sekali daun pandan).
  4. Ambil sedikit doh tadi, penyekkan dan masukkan sedikit gula melaka yang sudah dipotong, dan bentukkan bulat. Boolat boolat wokeh.
  5. Masukkan dalam air mendidih tadi. Kalau timbul, maknanya sudah masak.
  6. Toskan, dan boleh golekkan dekat kelapa parut. Siap!

Resipi Kuih Ketayap

Bahan-bahan:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan santan
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil garam
  • Pewarna hijau makanan
  • Kelapa parut
  • 1/4 cawan gula melaka
  • 1/4 cawan gula pasir
  • Daun pandan 4-5 helai
  • Garam
Cara-cara:
  1. Masak di atas api perlahan kelapa parut, air, gula merah, gula pasir, garam dan daun pandan. Kacau sehingga sebati dan sedikit kering.
  2. Masukkan santan, tepung gandum, garam, telur, dan beberapa titis pewarna hijau ke dalam bekas dan kacau sehinggalah sebati/tiada ketulan. Pastikan komposisinya cair.
  3. Guna kuali preferably pan yang rata, letak minyak sedikit, tuang satu sentuk bancuhan, ratakan ke dalam kuali sampai masak. Ala-ala pancake gitu.
  4. Angkat, dan gulungkan dengan inti kelapa parut yang sudah bergula tadi. Siap!
Haaa, nak sediakan juadah berbuka semestinya mudah dengan Lazada. Barang-barang dapur pun boleh dapat dekat Lazada, tak perlu susah-susah nak ke pasar. Barang elektrik pun banyak pilihan untuk tolong bersilat di dapur.

Tambahan pula, sekarang Lazada ada promotion sempena Ramadhan dan Raya! Marhaban Ya Ramadhan and Riang Ria Raya sale yang berlangsung dari 19 Mei hingga 30 Jun dengan diskaun sehingga 90% tau! Jom serbu! http://www.lazada.com.my/riang-ria-raya/

Cadangan produk untuk penyediaan juadah berbuka dari Lazada:

Nak blend daun pandan untuk Buah Melaka? Blender ni nampak bagus banget deh!

Nak buat inti kuih ketayap? Boleh saja beli gula perang dari Lazada. Ada potongan harga lagi tu. Waduh jiwa mak-mak dalam diriku meronta-ronta dibuatnya.

13 comments:

  1. Sedapnya Aisya! Both my fav! <33 Aisya buat sendiri ke ni? Wow dap dap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. plan nak buat. tapi sekarang duk asrama exam tak habis lagi huhuhu

      Delete
  2. 2 kuih ni bukanlah favourite saya sgt sbb manis xD
    tpi lebih suka buah melaka berbanding ketayap, sbb ketayap ada isi kelapa n saya tak suka kuih yg berinti kelapa didalam dia. picky sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha ramai tak suka kelapa.
      tapi iolls mkn je semua :p

      Delete
  3. terkejut saya tetibe ada lazada ahahaha

    ReplyDelete
  4. baru buat petang td.. hehehe puas makan kalau masak sendiri. ermmm beli kat bazar asyik kena tipu perghh

    ReplyDelete
  5. cuba try kuih lopez pulak heee makan dgn air gula melaka.. sedap juga

    ReplyDelete
  6. Both are my favourites!! Sedapnyaaaaa! 😍

    ReplyDelete