June 30, 2017

Raya 2017

June 30, 2017 16 Comments
Assalamualaikum.

How was your raya? Best?
Tahun ni iolls tak raya pun, seriously. Tapi mengada-ngada nak buat kuih raya sebab, uhm, bosan?

Tapi kira best la dapat cuti dua minggu. Kalau bagi budak medic cuti dua minggu ni kira cuti panjang heaven gilos!


Men-shopping bahan-bahan buat kuih raya dengan hati yang berbunga-bunga tanpa menjangkakan tragedi yang bakal berlaku.

Started off with Cornflake coklat sebab yang ni paling mudah. No bake! Mengada-ngada tabur sprinkle sebab nak nampak lawa sikit.


Yang ni kuih main bantai je aku buat kahkah sesuka hati potong coklat Tango yang tersadai kat rumah halus-halus, then letak raisins and letaklah blueberry jam atas tu. Tapi rasa cam huduh pulak so iolls letak dalam papercup akhirnya.


Barulah nampak senonoh sikit lepas letak dalam papercup. Aku namakan biskut ni biskut blueberry lah kot. Takde rasa coklat pun kahkah.

Warna hitam kemain, kalah orang minyak! Aku tersilap sukatan chocolate powder sebenarnya, tapi nasib baik still boleh dimakan.

Cornflake madu ni memang semua orang buat. Semua suka! Ni kuih raya feveret dan tak pernah pupus ditelan zaman! Bosan dengan almond london tapi tak akan pernah bosan dengan cornflakes madu!

Banyak aku belajar pada cuti kali ni.

1. Aku bukan sahaja seorang yang clumsy ketika di lab/hospital, malah di dapur juga. Ada je nak terjatuhkan barang.
2. Sejak meninggalkan zaman asasi, aku dah macam tak pandai Maths langsung. Sifir pun dah tak ingat. Resipi tulis 1/8 cup pun aku pergi bayangkan 80% cup like seriously aisya?!!!! Dulu Addmaths A+ kot hahaha.
3. Aku selalu over konfiden dan perasan bagus kahkahkah teruk perangai.

June 24, 2017

Cosrx products, Mise en scene hair oil, The Body Shop body polish, Biore sunscreen review

June 24, 2017 4 Comments
Assalamualaikum dan hai!

Di malam raya ni iolls update blog pasal products review je lah ye. Baru ada masa nak bukak blog lepas settle-kan buat kuih raya. Dalam entry haritu iolls ada cakap pasal Cosrx punya products. Dah try Acne Pimple Master Patch dengan toner dia je, yang gel cleanser tu belum try so boleh review 2 products tu je.

Yang sebelah kanan tu Cosrx Acne Pimple Master Patch. Setelah menggunakannya I'd say acne patch ni sesuai untuk acne yang ada pus warna putih tu je, dan sangatlah tak sesuai untuk jerawat jenis gelembung merah yang nampak inflammed tu. Sebab bila pakai dekat acne yang ada cecair putih tu, dalam semalaman dibiarkan, esok pagi tengok-tengok cecair putih tu dah disedut oleh acne patch tersebut. Takda lah lagi tangan gatal rasa nak kopek itu jerawat. Rate 3.5/5.

This one is Cosrx AHA/BHA Clarifying Treatment Toner. I really loveeee this toner! Whiteheads so far memang rasa berkurang. It exfoliates well and mosturizes my skin too. Rate 4.5/5. Actually there's another toner that I really like which is Yadah Anti-T toner but that one is too expensive lah :-(

Haritu iolls shopping lagi dekat Hermo.my. Terus try and I love them all :-)

Mise En Scene Perfect Repair Hair Serum. Dah lama cari hair oil yang bagus, so dapat tahu about this hair oil from Joan Kim's vlog (I love her vlogs!). THIS HAIR OIL IS SO NICE! It doesn't feel oily at all lepas apply and it leaves your hair smooth. No more rambut terasa kering. SO NICE! Rate 5/5.

Biore UV Aqua Rich Watery Essence SPF 50+ sunscreen. Ehm, iolls baru nak start pakai sunscreen. Selama ni kalau nak keluar selalu apply day cream Garnier yang SPF15 tu je, but after reading so many articles yang highlight pasal the importance of using sunscreen, terus cari sunscreen. This one ada Indonesian vlogger recommend but I'm not sure if I bought the right one. BUT I GOTTA SAY I LOVEEEE THIS SUNSCREEN! Lepas apply tak rasa oily langsung atas muka, rasa macam bare faced je, macam tak apply apa-apa kat muka. Dia punya consistency sangat watery, so rasa moisturized gituh. Rate 4.8/5.

Teringin nak try Coffee Scrub tapi mahal sangat, so I go for The Body Shop Strawberry Body Polish. Bau dia macam teh strawberry. So wangiiii. Dalam dia ada manik-manik scrub and also biji-biji strawberry hahaha. Dah nama pun scrub, so it'll leave your skin feeling smooth and clean. Rate 3/5.

Aik? Apakah ini? Ini free gift from Hermo. Tea Tree Oil from The Body Shop. Walaupun free sample je TAPI IOLLS SUKA GILAAAA. Lepas dah try rasa macam nak beli but I consider product yang harga RM50 above mahal so yeah, tak jadi beli. Tea tree oil sangat bagus nak kurangkan kesan jerawat and it works like magic every time. Huhuhuhu.

June 19, 2017

SGshop “Jom Shopping!” Contest

June 19, 2017 5 Comments

Sebenarnya baru je tahu pasal SGshop Malaysia ni haritu. Lepas je dapat tahu, ohmyyyyy excitednya! Lemah semangat betullah tengok banyak barang comel. Ish ish tak boleh jadi ni!

So...
Apakah servis yang SGshop tawarkan?
SGshop ni kiranya macam ejen yang uruskan kalau anda nak shopping dekat Taobao (laman web beli belah TERBESAR di China yang basically semua benda ada dan banyak barang rare jugak hihi) tapi lebih mudah sebab kalau terus di Taobao susah nak faham semuanya tulisan Cina. So, shopping sahaja melalui SGshop tanpa gundah gulana.

Setelah window shop... ini top 3 barang yang rasa macam cantik je... macam nak je...

 Untuk pengetahuan anda semua, iolls memang penggemar boots. Walaupun payah sikit nak pakai sebab high top, tapi best especially bila hujan dapat menyelamatkan stokin daripada terkena air. Iolls nampak tinggi kalau pakai boots kahkah (tak reti pakai high heels). Boots lama iolls menunggu masa je nak rosak so this one looks nice as a replacement hihi.

Iolls asyik ke hulu ke hilir dengan beg galas je nampak bebenor rupa student. Haruslah tampak lebih kewanitaan supaya tidak ditohmah masyarakat. Cantik kan beg ni?

Dah takde kerja lain ke sampai cup besar gajah pun nak beli?! Comel sangat! Nak buat camneeee neomu kyeowooooo. Boleh isi green tea dalam ni~ aesthetic sangat!

Kbai nak teruskan window shopping~~~~

Bergaya di pagi raya

June 19, 2017 3 Comments
Assalamualaikum dan hai semua.

Tinggal beberapa hari je lagi puasa... Mana yang rasa puasa tahun ni tak cukup umph, masih sempat lagi kita pulun habis-habisan untuk beberapa hari yang tinggal ni. Rugi tak rebut pahala berganda-ganda tau.

Sejujurnya tak teruja pun nak raya kali ni. Mungkin sebab faktor usia yang meningkat. Walau bagaimanapun laman instagram sentiasa saya kunjungi untuk cuci mata tengok koleksi baju raya sambil berangan untuk mendapatkannya haaa gitu.

Apa tema baju raya tahun ni?
Nah, sejujurnya memang tak ada tema. Satu family tiap-tiap tahun pakai warna macam-macam so jadilah tema Rainbow!

Baju raya cik aisyasakura tahun ni macam mana pulak?

 
I prefer baju kain kosong with manik details like this.

Setakat ni baju bundle dari kakak sahaja. Tahun ni entah kenapa sangat berlebih-lebihan dalam membeli tudung raya. Bought 2 shawls from RayyanHayaxScarftan, 1 bawal from the same line, and 1 shawl from Mawaddah Izzati. Hah, how about the baju?

Last time my mum said kalau tak sempat cari je baju dekat Lazada. Even my mum pun dah suka cari barang dekat Lazada. Blender, almari, katil, telekung... Semua cari dekat Lazada je sekarang XD I've never imagined shopping baju raya dekat Lazada? Banyak ke pilihan? Jadinya I tried to ushar-ushar jugak heeee.

Boleh check out Lazada punya Marhaban Ya Ramadhan and Riang Ria Raya sale (diskaun sehingga 90% dari 19 Mei hingga 30 Jun) di link berikut
http://www.lazada.com.my/riang-ria-raya/ :-D

 Aaaaaaaaaa berkenannyaaaaaaa. Tak sampai RM90 pun harga dia?!

The colour combination is so nice O_O AND IT'S SO CHEAP.

Yang camni boleh buat baju gi kelas cuma mahal sikit la.

HELP ME CHOOSE GAIS. Rasa macam nak beli peplum tu tapi tak konfiden pulak >.< Huhuhu.