6/30/17

Raya 2017

Assalamualaikum.

How was your raya? Best?
Tahun ni iolls tak raya pun, seriously. Tapi mengada-ngada nak buat kuih raya sebab, uhm, bosan?

Tapi kira best la dapat cuti dua minggu. Kalau bagi budak medic cuti dua minggu ni kira cuti panjang heaven gilos!


Men-shopping bahan-bahan buat kuih raya dengan hati yang berbunga-bunga tanpa menjangkakan tragedi yang bakal berlaku.

Started off with Cornflake coklat sebab yang ni paling mudah. No bake! Mengada-ngada tabur sprinkle sebab nak nampak lawa sikit.


Yang ni kuih main bantai je aku buat kahkah sesuka hati potong coklat Tango yang tersadai kat rumah halus-halus, then letak raisins and letaklah blueberry jam atas tu. Tapi rasa cam huduh pulak so iolls letak dalam papercup akhirnya.


Barulah nampak senonoh sikit lepas letak dalam papercup. Aku namakan biskut ni biskut blueberry lah kot. Takde rasa coklat pun kahkah.

Warna hitam kemain, kalah orang minyak! Aku tersilap sukatan chocolate powder sebenarnya, tapi nasib baik still boleh dimakan.

Cornflake madu ni memang semua orang buat. Semua suka! Ni kuih raya feveret dan tak pernah pupus ditelan zaman! Bosan dengan almond london tapi tak akan pernah bosan dengan cornflakes madu!

Banyak aku belajar pada cuti kali ni.

1. Aku bukan sahaja seorang yang clumsy ketika di lab/hospital, malah di dapur juga. Ada je nak terjatuhkan barang.
2. Sejak meninggalkan zaman asasi, aku dah macam tak pandai Maths langsung. Sifir pun dah tak ingat. Resipi tulis 1/8 cup pun aku pergi bayangkan 80% cup like seriously aisya?!!!! Dulu Addmaths A+ kot hahaha.
3. Aku selalu over konfiden dan perasan bagus kahkahkah teruk perangai.

16 comments:

  1. kitorang setiap tahun mmng amek kuih tunjuk je. tak sempat nak buat kuih raya sendiri xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. penat nak buat sendiri, time consuming pulak tu.

      Delete
  2. uwaaaaa pandai buit kuih raya laaa papepun mat yaye k.aisya hehe

    ReplyDelete
  3. rajinnya buat biskut semua.
    adik BV pun jenis yg rajin buat biskut raya utk tahun nie, BV jenis yg tengok je la. hahahaha

    btw, selamat hari raya, maaf zahir dan batin :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lama nak buat tapi tahun ni baru ada peluang. tahun depan memang tak dapat lerr.

      Delete
  4. nampak sedap. kitorang pun selalu buat kuih raya. selalunya almond london and cornflakes madu wajib buatselamat hari raya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu mmg kuih raya femesss. tapi tahun ni saya tengok ramai buat choc chip jugak

      Delete
  5. haa.. tak raya pun banyak jenis kuih jugak buat tu. haha , jeles. tahun ni langsung tak sempat nak buat kuih. makan jelah apa yang family buat n yg beli tu. kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak raya pun kena la naikkan mood raya tu walaupun syok sendiri je XD

      Delete
  6. Bab clumsy kat dapur tu sama sampai mak kat rumah dah cam dahhh kalau bising kat dapur ye la tu saya tgh buat something haha.

    Anyway, Selamat Hari Raya awak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi2 bila nak kejar masa, memang selalu kelam kabut XD

      Delete
  7. Tak pernah lagi rasa cornflakes coklat. Biasa makan cornflakes madu je.

    ReplyDelete
  8. masterchef wooo


    guess what?? kitaorg cuti 2 bulan ya knowww! even my upper batch pun tak dpt peluang ni. tp mybe ni mcm peluang yang mungkin tk dpt dh next year ahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. WOW!!!! so camne sillabus? dapat cover tak? sebab 2 bulan tu lama sangat tuh XD kalah cuti lepas pro-exam XD

      Delete