July 14, 2017

Vote for me! | TALKTALK KOREA 2017 event

July 14, 2017 6 Comments
*UPDATE: THE VOTING EVENT HAS ENDED. I GOT 4TH PLACE. THANKS FOR THOSE WHO VOTED! MUAH MUAH!*

Ganas ngat dua entri dalam sehari :P

Iolls ada lagi satu announcement ni. Tadi sesaje la bukak TALKTALK Korea punya voting event webpage. Terus jenguk bahagian illustration and............ OH MY GOD! Iolls punya karya disenarai pendek dalam 10 illustrasi yang masuk voting event! 


Dia pi letak yang pertama sekali pulak tu :'-)

Actually tahun lepas punya TALKTALK event iolls masuk kategori postcard dan menang runner-up je. Tahun lepas tak tersenarai untuk voting system pun.

Gigih iolls lukis tau... tapi tak sekemas tahun lepas punya artwork la. This year macam malas sikit so memang cincai sikit huhu.

Messy workplace. Oh, abaikan Ridsect tersebut. Lipas musuh sejati saya :-)

SO HOW TO VOTE?


2. Login menggunakan akaun Facebook/Google anda.


3. Scroll ke bawah, cari bahagian "Illustration" and click Vote now dekat my artwork! Yeay!


Event ni adalah worldwide, so iolls sangat terharu sebab shortlisted :'-) Every year for sure ada beribu-ribu entries. I'm glad they noticed mine.

Ask.fm & Carousell

July 14, 2017 2 Comments
Assalamualaikum. Haluuuuuuuu!

Tak ada pape pun, just nak bagitahu yang iolls baru sign up Ask.fm dan jugak Carousell!

https://ask.fm/aisyasakura


Sign up Ask.fm sebab kalau nak tanya soalan kat sesiapa, kena ada account Ask.fm dulu, baru boleh. Kalau zaman dulu-dulu, nak ask questions secara anonymous tak payah ada account pun. They changed the system, for safety purposes katanya. So just ask me anything through Ask.fm if you pun ada this account~

https://my.carousell.com/aisyasakura/


Carousell ni untuk jual barang-barang preloved. Tapi baru list-kan sikit je. I actually have a lot of books yang nak dijual tapi mostly kat rumah. Kena bawa asrama dulu huhuh. I'm thinking of collecting Hlovate novels, hehe, dah banyak dah jumpa dekat Carousell. I like this app!

Kbai!

July 6, 2017

Tips penjagaan rambut

July 06, 2017 8 Comments
Assalamualaikum dan hai.

Pada hari yang berbahagia ini eloklah kiranya iolls kongsikan cara penjagaan rambut. Rambut tu kan mahkota wanita. Walaupun bertudung litup, rambut perlu dijaga untuk keselesaan sejagat. Gituh.

Jom baca tips di bawah!

1. Cuci rambut dengan betul.
Jangan cuci rambut dengan syampu terlalu kerap sebab bukan sahaja membazir syampu dan air, malah rambut uolls juga akan jadi kering nanti. Pastikan syampu rambut uolls sekurang-kurangnya dua kali seminggu ataupun paling banyak selang sehari. Jangan guna amount syampu yang terlalu banyak (picit lebih kurang saiz duit syiling je) dan bilas sebersih-bersihnya.

2. Elakkan basuh rambut guna air panas.

3. Syampu di bahagian kulit kepala, bukannya bahagian hujung rambut.

4. Guna syampu yang sesuai dengan jenis/masalah rambut uolls.
Kalau jenis rambut curly atau kasar, gunalah syampu softening ataupun frizz-minimizing. Kalau rambut jenis lurus dan berminyak boleh guna gentle shampoo untuk kegunaan harian. Kalau rambut kering boleh guna syampu yang mengandungi glycerin dan collagen supaya dapat kekalkan moisture rambut tu.

5. Guna conditioner.
Mesti guna hair conditioner setiap kali lepas syampu rambut. Tapi lepas syampu, lapkan dulu lebihan air bilasan tadi, then baru apply conditioner. Kalau tak, lebihan air tu akan halang conditioner resap ke dalam rambut. Kan sia-sia tu.

6. Basuh rambut dengan cuka dua kali setahun (boleh buat kalau rajin).
Dengan cara ni, rambut uolls akan kelihatan lebih shiny dan lebih bersih dan juga dapat mengawal kelemumur. Guna 1 bahagian cuka (preferably organic apple cider vinegar) dengan 3 bahagian air suam, then bilas rambut macam biasa.

7. Moisturize-kan rambut.
Boleh guna olive oil. Biarkan beberapa jam before showering.

8. Biarkan rambut kering secara natural.
Balut rambut yang basah dengan T-shirt cotton instead of tuala mandi sebab tuala mandi diperbuat daripada fabrik yang kasar yang boleh menyebabkan rambut bercabang dan frizziness. Another important thing is, biar rambut kering sendiri bawah kipas instead of guna hair dryer.

9. Elakkan daripada menyikat rambut semasa rambut basah.
Hal ini boleh menyebabkan rambut jadi rapuh dan lemah. Kalau nak sikat jugak, guna sikat yang bergigi jarang ataupun sikat je pakai jari kalau nak leraikan rambut kusut tu.


10. Elakkan menyikat rambut dari bahagian akar.
Nak sikat rambut, sikat dari bahagian bawah ke atas.

11. Jangan guna sikat kotor.
Bersihkan sikat daripada segala daki dan lebihan minyak sebelum guna.

12. Trim rambut.
Trim hujung rambut lebih kurang 0.6cm ataupun 1 per 4 inchi setiap 6 hingga 8 minggu. Ini untuk elak rambut bercabang.

13. Jangan guna getah kalau nak ikat rambut.
Getah tu kalau nak bungkus makanan boleh lerr, kalau nak ikat rambut guna hair bands lah ye.

Haa kan senonoh sikit guna hair bands cenggini.

14. Jaga pemakanan.
Amalkan diet yang mengandungi vitamin C untuk menguatkan rambut.