7/6/17

Tips penjagaan rambut

Assalamualaikum dan hai.

Pada hari yang berbahagia ini eloklah kiranya iolls kongsikan cara penjagaan rambut. Rambut tu kan mahkota wanita. Walaupun bertudung litup, rambut perlu dijaga untuk keselesaan sejagat. Gituh.

Jom baca tips di bawah!

1. Cuci rambut dengan betul.
Jangan cuci rambut dengan syampu terlalu kerap sebab bukan sahaja membazir syampu dan air, malah rambut uolls juga akan jadi kering nanti. Pastikan syampu rambut uolls sekurang-kurangnya dua kali seminggu ataupun paling banyak selang sehari. Jangan guna amount syampu yang terlalu banyak (picit lebih kurang saiz duit syiling je) dan bilas sebersih-bersihnya.

2. Elakkan basuh rambut guna air panas.

3. Syampu di bahagian kulit kepala, bukannya bahagian hujung rambut.

4. Guna syampu yang sesuai dengan jenis/masalah rambut uolls.
Kalau jenis rambut curly atau kasar, gunalah syampu softening ataupun frizz-minimizing. Kalau rambut jenis lurus dan berminyak boleh guna gentle shampoo untuk kegunaan harian. Kalau rambut kering boleh guna syampu yang mengandungi glycerin dan collagen supaya dapat kekalkan moisture rambut tu.

5. Guna conditioner.
Mesti guna hair conditioner setiap kali lepas syampu rambut. Tapi lepas syampu, lapkan dulu lebihan air bilasan tadi, then baru apply conditioner. Kalau tak, lebihan air tu akan halang conditioner resap ke dalam rambut. Kan sia-sia tu.

6. Basuh rambut dengan cuka dua kali setahun (boleh buat kalau rajin).
Dengan cara ni, rambut uolls akan kelihatan lebih shiny dan lebih bersih dan juga dapat mengawal kelemumur. Guna 1 bahagian cuka (preferably organic apple cider vinegar) dengan 3 bahagian air suam, then bilas rambut macam biasa.

7. Moisturize-kan rambut.
Boleh guna olive oil. Biarkan beberapa jam before showering.

8. Biarkan rambut kering secara natural.
Balut rambut yang basah dengan T-shirt cotton instead of tuala mandi sebab tuala mandi diperbuat daripada fabrik yang kasar yang boleh menyebabkan rambut bercabang dan frizziness. Another important thing is, biar rambut kering sendiri bawah kipas instead of guna hair dryer.

9. Elakkan daripada menyikat rambut semasa rambut basah.
Hal ini boleh menyebabkan rambut jadi rapuh dan lemah. Kalau nak sikat jugak, guna sikat yang bergigi jarang ataupun sikat je pakai jari kalau nak leraikan rambut kusut tu.


10. Elakkan menyikat rambut dari bahagian akar.
Nak sikat rambut, sikat dari bahagian bawah ke atas.

11. Jangan guna sikat kotor.
Bersihkan sikat daripada segala daki dan lebihan minyak sebelum guna.

12. Trim rambut.
Trim hujung rambut lebih kurang 0.6cm ataupun 1 per 4 inchi setiap 6 hingga 8 minggu. Ini untuk elak rambut bercabang.

13. Jangan guna getah kalau nak ikat rambut.
Getah tu kalau nak bungkus makanan boleh lerr, kalau nak ikat rambut guna hair bands lah ye.

Haa kan senonoh sikit guna hair bands cenggini.

14. Jaga pemakanan.
Amalkan diet yang mengandungi vitamin C untuk menguatkan rambut.

8 comments:

  1. Saya selalu sikat rambut lps mandi, so masih basah lagi TT omo thanks utk tips ni.

    Selalu pakai syampu je, tk penah guna conditioner. Kena beli lpsni

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu pun jenis yang syampu je, tapi lepas try conditioner, rasa nak guna hari2 XD

      Delete
  2. Pernah try pakai conditioner tapi macam tak sesuai dengan rambut. Ke, akak yang pakai salah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. conditioner biasanya akan enhance lagi kesan shampu yang kita guna (kalau jenama shampu n conditioner jenama yang sama).

      mungkin kena cari yang sesuai dengan rambut?

      Delete
  3. Thank you Aisya! After pakai conditioner kena bilas ke tak ye? Tak pernah pakai pun sebelum ni omoo

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena bilas. bilas bersih sebersih-bersihnya.

      and you're welcome! :D

      Delete