August 26, 2017

’Melayukan’ makanan Korea | Lebak Cafe

August 26, 2017 10 Comments
Assalamualaikum dan hai.


Hari ni nak tulis entri pasal makanan lagi. Beberapa minggu yang lepas sempat try makan dekat Lebak Cafe yang terletak di Bandar Indera Mahkota, Kuantan ni. Disebabkan pergi atas dasar jamuan bersama rakan-rakan satu biro, kita orang kena book dulu tempat. Makanya dapatlah makan dekat bahagian luar restoran sambil menikmati angin malam (eceh).

Setelah dikaji, rupa-rupanya restoran ni pernah masuk akhbar Metro:

"Kebiasaannya, sajian kambing golek yang dicicah dengan sos 'black pepper' dimakan begitu saja. Namun, di Lebak Cafe, Indera Mahkota, hidangan istimewa nasi goreng kambing atau nama Koreanya 'eolin yang bokk-eumbab' yang disajikan kepada penulis nyata sesuatu yang berlainan.
Sukar menyebut dalam bahasa Korea menyebabkan pengurus restoran itu, Umair Abdul Rahman mengambil pendekatan 'Melayukan' supaya mudah disebut.
Dua lagi hidangan ialah nasi goreng Korea atau 'hangug-eo bokk-eumbab' dan nasi goreng rumpai laut atau 'miyeog bokk-eumbab' turut menjadi pilihan pengunjung walaupun ada hidangan barat seperti 'mixed grill', 'lamb chop', 'chicken chop', 'fish & chip' dan kentang goreng."
Sebenarnya dah dua kali dah makan Nasi Goreng Kambing dekat sini. Serius sedap T^T Siapa yang suka kambing mesti suka :D Kambing dia tak liat. Memang best ah. Portion nasi boleh tahan banyak, dan potongan-potongan kambing dalam nasi goreng tu pun tak kedekut. Nasi goreng dia pun sedap... sobs sobs. Rasa macam berbaloi jugak la dengan harga RM9 tu.

Nasi Goreng Kambing.

Bila tengok menu, nasi goreng Korea tu macam menarik perhatian tapi belum cuba. Teringin juga nak tahu apa yang Koreanya? Is it Kimchi Fried Rice?

Lagi satu menu yang sedap dekat sini ialah Tom Yam kering. Makan dengan nasi panas-panas... Memang sedap~ Dia macam tom yam tapi tak berkuah. Rasa dia pedas-pedas gitu. Yang ni pun recommended jugak. Cuma agak mahal sikit untuk student macam iolls T^T Tapi memang sedap!

Tom yam kering.

Menu Western pun ada macam chicken chop, fish and chip, spaghetti dan sebagainya. Tak ingat dah ada apa lagi. Silalah google sendiri hohoho.

Spaghetti carbonara, Spaghetti aglio e olio. Harga below RM15 (tak ingat actually).

 
Air pun ada beraneka macam... Tapi masa tu kita orang pilih Sjora je, dia bagi dalam botol macam ni... Share ramai-ramai :-)

Location:
Lorong IM 5/1, Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang, Malaysia.

Sekian sahaja entri kali ni... Tataaaaaaaaaaaaaa~~~

Lazada Merdeka!Merdeka! Blogger Contest

August 26, 2017 3 Comments
Haluuuu semuanya!


Tahukah anda bahawa Lazada sangat nakal? Suka sangat buat SALE gila-gila, rasa macam hari-hari ada sale! >.< Awak sangat nuckall~ Nuckall nuckall nuckall~ *insert Ayda Jebat's voice*

Jadi, bersempena dengan bulan kemerdekaan ini, Lazada turut tidak ketinggalan untuk mengadakan jualan murah mereka... Anda semua boleh ushar Merdeka! Merdeka! Sale --> http://www.lazada.com.my/merdeka-sale/ yang berlangsung pada 25 Ogos sehinggalah 31 Ogos! Banyak items yang dikenakan diskaun sehinggalah 80%! Yeeehaaa~

*insert lagu patriotik*

a. What do you love about being Malaysian?
Honestly, I like being a Malaysian because Malaysia banyak public holidays! >.< Bila semua perayaan berbilang kaum dihimpunkan dan bergabung meletops, maka terhasillah cuti umum yang banyak.

b. Choose your favorite local brand here : http://www.lazada.com.my/malaysian-brands/
SILKY GIRL! Dari sekolah rendah lagi dah terpengaruh sebab tengok iklan dia.

c. Select two product from that brand that you love.

Compact powder wajib ada dalam beg :-)

Elak bibir merekah :-) Wangi pulak tu.

Dah, dah, jangan banyak tanya... jom serbu Merdeka! Merdeka! Sale sekarang juga! Lagi beberapa hari sahaja nak tamat :-D

Adiosss.

August 22, 2017

Mencari Korea di Malaysia 2.0 | NAMOO GREY Korean Cafe & Hanbing Korean Dessert Cafe

August 22, 2017 6 Comments
Annyeong haseyo, mak limah makan sayoooo~~~

Haritu tetiba tekak mengidam gegila makanan Korea sehingga terbawa ke mimpi T^T Sedih iolls. Nasib baik kawan food hunting iolls sudi untuk menemani diri ini untuk melampiaskan nafsu syahwat terhadap makanan.

Makanya diri ini telahpun menggunakan khidmat Uber untuk menuju ke IOI City Mall, Putrajaya. Malam sebelum tu dah tanya Encik Google dah pasal Korean food yang ada dekat mall ini. Iolls telah memilih NAMOO GREY Korean Cafe for the sake of blogging sebab tengok deco restoran dia cam cantik je kan, boleh tepek dekat blog iolls yang dah macam rupa kandang zombie ni mwahahaha. Pastu untuk dessert kami terjah Hanbing Korean Dessert Cafe sebab teringin nak makan bingsu!

1. NAMOO GREY Korean Cafe

Honestly, deco dia memang lawa. I like the 'makhluk' yang tercorak pada dinding kedai.





Mujur sewaktu kami terjah kedai ini, masa tu hari kerja dan tengah lunch hour. Ada LUNCH PROMO only at RM13.90++, tak termasuk service charge (kami dikenakan RM5.06 for it).


Yang ni kalau harga sebenar.

Untuk lunch promo, dapat set main course + side dish + buah tembikai + rice tea. Yang blackcurrant lemon ice tu cuma order tambahan je.

Mula-mulanya aku bayangkan rasa Rice tea tu masam (sebab aku bayangkan rasa tapai nasi campur teh lololol), rupa-rupanya rasa macam air kosong je. Walaupun rupa macam green tea, seriously rasa macam air kosong.

Makanan udah sampe~~~

Aku order Kimchi Fried Rice. Alhamdulillah, berjaya habiskan. Portion dia sederhana, tak adalah banyak sangat so berjayalah makan sampai habis. Boleh tahanlah rasa dia. Nak kata sedap gila tu tak adalah kot? Sedap lagi Bibimbap mwahaha. 

Oh ya, restoran ni tak guna chopstick pun, not sure kena mintak atau memang tak sediakan chopstick. Pasal side dish dia pulak, kimchi macam biasalah, aku berjaya habiskan maknanya kimchi dia boleh tahan. My sister said kimchi dia rasa pelik lol tapi aku rasa okay je? Disediakan juga sosej dengan taugeh sebagai side dish. Sosej tu rasa macam sosej digoreng bersama sos cili Kimball lololol. Taugeh tu rasa macam taugeh digoreng bersama tumis bawang macam biasa korang goreng sayur tu.


My friend ordered Kimchi Jigae dengan nasi. Tak adalah sedap mana mwahahaha.


My sister ordered Dakgalbi with rice. Boleh tahan banyak ayam dia. 

Before this iolls pernah try DubuYo and Sopoong, and I think sedap lagi both restaurants ni daripada Namoo Grey. Tapi ni tekak iolls, tekak orang lain-lain... ehhe. Boleh cuba try and rasa sendiri ok?

Location:
 L1-72 IOI City Mall Putrajaya.

Lot: 3-L1 Seremban Gateway.

Lot: 4A-G3 Publika Dutamas.

2. Hanbing Korean Dessert Cafe

Datang sini nak rasa bingsu je. Ramai instafamous pernah update pasal Hanbing ni, so iolls pun nak try lah jugak.

 
Ruang kedai tidaklah begitu luas. Kalau datang ramai, pilihlah meja yang gabung ya.

 

Rasanya yang special dekat sini dia punya bingsu lah kot. Tapi ada jugak menu lain macam nasi, kimbap, smoothie semua tu. Kami pilih Mango bingsu sebab nampak menyerlah mwahaha. Ada Oreo bingsu, green tea bingsu, red bean(?) bingsu, dan lain-lain. Range harga bingsu dalam RM24-RM26 kalau tak silap, tak termasuk service charge ye~


Bingsu dia sedap, cuma I must say that this is not the best bingsu I've ever had. Before this aku pernah share pasal bingsu Dal.komm, honestly bingsu tersebut lagi sedap dan lagi besar dan lagi berbaloi walaupun mahal sedikit sahaja daripada bingsu Hanbing. Tapi yang ni of course sedap! Kongsi ramai-ramai sebab besar~


Order kimbap tuna jugak. Kimbap dia pun is not the best kimbap I've ever had hahaha. Rasa macam kimbap kawan aku buat lagi sedap lol. Kimbap dia besar, tak muat nak masuk mulut sekaligus T^T Maklumlah mulut aku ni kecik je, kalau jumpa doktor gigi pun doktor suruh nganga luas lagi walaupun dah nganga seluas mungkin.

Location:
BANGSAR: 33, Jalan Telawi 3.

SUBANG JAYA: GF-09, SS15 Courtyard.

PUTRAJAYA: LG-75, IOI City Mall.

Sekian sahaja diari food hunting iolls pada kali ini. Harap dapat ketemu lagi. Tatataaa~