August 26, 2017

’Melayukan’ makanan Korea | Lebak Cafe

Assalamualaikum dan hai.


Hari ni nak tulis entri pasal makanan lagi. Beberapa minggu yang lepas sempat try makan dekat Lebak Cafe yang terletak di Bandar Indera Mahkota, Kuantan ni. Disebabkan pergi atas dasar jamuan bersama rakan-rakan satu biro, kita orang kena book dulu tempat. Makanya dapatlah makan dekat bahagian luar restoran sambil menikmati angin malam (eceh).

Setelah dikaji, rupa-rupanya restoran ni pernah masuk akhbar Metro:

"Kebiasaannya, sajian kambing golek yang dicicah dengan sos 'black pepper' dimakan begitu saja. Namun, di Lebak Cafe, Indera Mahkota, hidangan istimewa nasi goreng kambing atau nama Koreanya 'eolin yang bokk-eumbab' yang disajikan kepada penulis nyata sesuatu yang berlainan.
Sukar menyebut dalam bahasa Korea menyebabkan pengurus restoran itu, Umair Abdul Rahman mengambil pendekatan 'Melayukan' supaya mudah disebut.
Dua lagi hidangan ialah nasi goreng Korea atau 'hangug-eo bokk-eumbab' dan nasi goreng rumpai laut atau 'miyeog bokk-eumbab' turut menjadi pilihan pengunjung walaupun ada hidangan barat seperti 'mixed grill', 'lamb chop', 'chicken chop', 'fish & chip' dan kentang goreng."
Sebenarnya dah dua kali dah makan Nasi Goreng Kambing dekat sini. Serius sedap T^T Siapa yang suka kambing mesti suka :D Kambing dia tak liat. Memang best ah. Portion nasi boleh tahan banyak, dan potongan-potongan kambing dalam nasi goreng tu pun tak kedekut. Nasi goreng dia pun sedap... sobs sobs. Rasa macam berbaloi jugak la dengan harga RM9 tu.

Nasi Goreng Kambing.

Bila tengok menu, nasi goreng Korea tu macam menarik perhatian tapi belum cuba. Teringin juga nak tahu apa yang Koreanya? Is it Kimchi Fried Rice?

Lagi satu menu yang sedap dekat sini ialah Tom Yam kering. Makan dengan nasi panas-panas... Memang sedap~ Dia macam tom yam tapi tak berkuah. Rasa dia pedas-pedas gitu. Yang ni pun recommended jugak. Cuma agak mahal sikit untuk student macam iolls T^T Tapi memang sedap!

Tom yam kering.

Menu Western pun ada macam chicken chop, fish and chip, spaghetti dan sebagainya. Tak ingat dah ada apa lagi. Silalah google sendiri hohoho.

Spaghetti carbonara, Spaghetti aglio e olio. Harga below RM15 (tak ingat actually).

 
Air pun ada beraneka macam... Tapi masa tu kita orang pilih Sjora je, dia bagi dalam botol macam ni... Share ramai-ramai :-)

Location:
Lorong IM 5/1, Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang, Malaysia.

Sekian sahaja entri kali ni... Tataaaaaaaaaaaaaa~~~

10 comments: