9/1/17

Bad genius

Assalamualaikum dan hai semua.
Selamat Hari Raya Aidiladha!

Lepas solat raya and makan-makan lontong, aku terus pi cinema lolol rasa cam pelik hari raya tengok wayang. Sila jangan tiru aksi ini.

Aku bukanlah kaki movie pun, jaranglah aku layan movie-movie ni, tengok wayang pun macam sekali setahun gitu. Bad genius ni ramai yang recommend, so aku jadi excited ajak member gi tengok. Ekceli lepas nampak trailer pun aku rasa macam kena tengok.


Mengisahkan budak pandai genius gilos menggunakan kepandaian dia untuk buat duit sampai berjuta-juta dengan kasi orang tiru jawapan dia. Aku kagum sebab dengar citer movie ni inspired by true story. Rasa macam WOWWWW, TAK PERNAH TERFIKIR NAK BUAT GITU. Seingat aku dulu masa exam kat sekolah aku punyalah tak suka orang jeling kertas aku lol.

Paling suka watak Pat, sebab dia macam selamba gitu. Watak Grace pun comel je. Watak Bank yang genius tu mula-mula je buat aku "awwww comelnya", tapi dah last-last tu menyampah pulak aku hahaha. Pelakon-pelakon utama mostly pelakon baru kalau tak silap. Watak utama si Lynn tu model sebenarnya, baru debut, umur baru 21 uolls (k jealous di sini).

Bagi aku sangat bijaklah movie ni, macam mana cara direktor tu buat momen-momen nak terkantoi kasi meniru tu jadi seolah-olah life-and-death situation! Movie ni takde cintan-cintun or hantu-hantu macam kebanyakan cerita Thai yang lain, but still superb! I was actually hoping Lynn and Bank would end up together... but nah.

16 comments:

  1. Same here!! Aida pun harap gila Lynn dgn Bank to be together tapi last2 Bank tu pulak jadi jahat aduii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann!!! macam pelik tetiba Bank jadi gitu T^T diorang cute je masa kat Sydney <3

      Delete
  2. belum tengok lagi. banyak review kata besttttt T^T

    ReplyDelete
  3. Alahai ramai yang cakap best. memang nak tgk sangat movie ni. huhue

    ReplyDelete
  4. Nak tengok sangat cerita ni tapi dekat sini diaorang jarang tayang Asian movies. T____T

    ReplyDelete
  5. yepp, dah tgk gak kat wayang... but babak suspens (slow-mo) dia rasa macam bykla plak ahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu teknik nak bagi saspens tp byk2 pun annoying gak XD

      Delete
  6. haritu kitorang nak tengok bad genius, pastu entah macam mana tiba2 pulak pegi tengok annabelle xD

    bad genius ni tengok online jela kot hhaha

    ReplyDelete
  7. Still haven't watch it eoddokae.

    ReplyDelete
  8. Hello, hope boleh follow balik untuk lihat produk ekzema. TQ.

    https://tipsrawateczema.blogspot.my/

    ReplyDelete
  9. Feel free to read my new post :) http://littlebluei.blogspot.my/2017/11/meds.html

    ReplyDelete