Advertisement

Hiking @ Bukit Keluang

Assalamualaikum and haluuuuuuuuuu guys!

Lama dah blog ini menyepi huhuhu. I've been busy and extremely lazy to even scroll down my ig/twitter page. Mula-mula laptop sakit, then phone pulak sakit... but now I'm back with a new laptop and phone yang baru repair so bolehlah ushar-ushar ini belog yabedabeduuuu (acah happy padahal di sebalik tabir muka macam ayam penyet).

Entah bila tah aku tak ingat, aku dan gang (bukan geng KL gengster) telahpun berjalan-jalan di Terengganu. Dua hari je pun so lebih kepada jalan-jalan release stress. Masa tu baru lepas exam posting Community Medicine yang sangat menyeliratkan ganglion di otak, makanya kami mencari alternatif untuk memanjakan neuron-neuron otak kami.


Bukit Keluang ni terletak di Besut, Terengganu. Alkisahnya tak plan sangat pun trip ni, dan aku pun ikut jelah diaorang bawak aku ke mana-mana, tiba-tiba kena hiking??? I was like apakah ini??? Dah lah pakai kasut ala-ala Crocs jenama Monobo warna pink pulak tu! Apa kelas nak hiking?

Bangun-bangun tidoq je tetiba sampai kat pantai. Tanjat gegirl taw. Aku malas mahu bertanya kepada geng di manakah kita? Lalu aku pun diseret ke bukit yang diberi nama kluang itu (malangnya aku tidak berjaya menjumpai seekor keluang pun di sana).

Iolls lupa nama pantai ni hohoho silalah google sendiri.

Haruslah berposing manja di sebalik tiang yang tersergam.

Pastu kan, sebelum nak hiking tu dia letak dinding mural pulak dah... Terpaksa lah bergambor lagi ye dokkk.

Yeahhhh. Girl power!!!! (Jerit sampai anak tekak irritate).

Disebabkan iolls mengamalkan sedentary lifestyle (my lecturer defined it as dok depan tv makan kepok), jadinya pendakian ini agak mencabar bagiku. Agak curam jugaklah, kena sentiasa berpaut pada tali. Selalulah jugak tergelincir sambil mentertawakan rakan di belakang yang opocot nak tergelincir jugek. Penat sebab macam lambat je nak sampai atas lololol. Lung capacity tidak menyebelahi gadis seperti aku.

Nasib ada tali.

Tapi bila dah sampai puncak, ALLAHU!!!! CANTIKNYA VIEW!!! Sangat indah hokay iolls hampir menangis (k tipu). Angin yang bertiup membelai manja pipi mulusku alahai. Aku tetiba develop rosy cheeks sesampai di puncak sebab capillaries di pipi vasodilate gituh. Walaupun aku hyperventilate hati tetap meronta bahagia dapat tengok view yang indah. Tak sia-sia mendaki guna kasut ala-ala Crocs warna PINK.


Dia punya biru tu kan, rasa macam nak minum wakakaka.

Memang motip sangat dia nak kasi iolls merindui oppa yang nun jauh di Seoul sobs sobs.

Boleh nampak horizon uollssssss.


Allahuuuu. I can see the horizonnnnnnn.


Nak ambil gambar je mesti member interframe.


Hehehe pastu dah turun bukit berkelah tepi pantai pulek alahai indahnya hidup ni kan meow kan.

Sekian sahaja. Ttataaa~~~

Post a Comment

13 Comments

  1. Dah lama tak hiking sini. Nak pergi lagi sbb view memang cantik kann

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeap cantik sangat. Maybe sebab I suka tengok laut so suka sangat.

      Delete
  2. Replies
    1. yup! maybe it's nothing kot compared to view dekat canada sana XD

      Delete
  3. Bestnya, tak ramai orang pula tu. Kita orang pi ritu punyalah ramai manusia. Setiap gambar mesti ada yang menyelit haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab bukan time weekend/bukan time cuti sekolah kot~~ we waited for others untuk blah dari situ sebelum ambil gambar XD

      Delete
  4. hi! cikja pun pena naik sini, on weekend. ramai giler org hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. i guess i was lucky datang masa tak ramai. tenang je.

      Delete
  5. Indahnya view!! Siqah tak pernah mendaki. Bagus kadangkala ada aktiviti camni kan. Penat lelah hilang bila tengok view cantik <3

    ReplyDelete
  6. last time pergi main2 air kat bawah je.. not so rajin to hike ngeh3..

    ReplyDelete