January 19, 2018

First time shopping di Althea

January 19, 2018 7 Comments
Assalamualaikum dan hai~

Long time no see! Lama dah sebenarnya shopping dekat Althea ni tapi baru nak update. I bought an Althea box which consists of many pore care products + eye cream and dapat free postage. Almost RM140 jugak total. Tapi sekarang ni Althea box semua dah sold out. You can still check their website out untuk window shopping. Mana tau ada yang berkenan ke kan.


Kotak dia warna pink pulak tu! Suka suka!


Tempted nak beli sebab jimat banyak kalau beli Althea box ni. Banyak product yang iolls teringin, ada dalam box ni. Contohnya Laneige Cushion, Klairs supple preparation toner and Jeju Volcanic pore clay mask tu. And banyak jugak free mask sheets and samples! Yeay I like!

Laneige Powder Fit Cushion SPF 50+ No. 23 Sand.

Lama sangat dah teringin Cushion ni T^T Kalau beli asing harga RM90++ gitu kalau tak silap. Tapi jimat berganda beli Althea box ni sebab macam-macam ada. Cushion ni sangat convenient hokay. Kalau pakai BB cream nak kena picit sikit atas belakang tapak tangan lagi, then kena guna beauty blender lagi (selalu guna tangan tapi menyampah sebab melekit, malas nak basuh). Dengan adanya bendalah ni, makin rajin "mekap" ahha.

 

Shade no. 23 sand ni je yang ada dalam Althea box tu, tak boleh pilih. Iolls main beli je tanpa menghiraukan segala risiko. Nasib baik shade dia kena dengan muka iolls (I have fair skin tone). As for the coverage, bolehlah. Segala blemishes dapat ditutup dengan baik, tak nampak merah-merah dah. Tapi acne scars tu kena guna concealer jugak.

Belum try lagi. I'm still using my Cosrx AHA/BHA toner; still loving it takut nak curang.

Untuk membersihkan pores. I suka jugak sebab memang rasa bersih pun pores.

Tak pernah try. I gave it away to my friend as her wedding gift. 
Pengantin baru kena cantiks gitu kan.

Tak pernah try jugak. I want to sell it tapi tak ada orang nak beli ahha.

Ini pun nak jual jugak tapi tak ada orang nak beli lagi. Not a fan of this thing.

Yeay ada sheet masks!!!! Sayang nak guna hehehe.

Inilah dia free samples! 

Baru try Madagascar Centella Asiatica Cream tu je. Nama melayunya krim pegaga ahahaha. Good as soothing agent. Pegaga kan macam anti-inflammatory (??) gituh. Walaupun sample kecik je tapi banyak kali boleh guna sebab banyak actually content dia tu.

Added this to cart sebab nak free postage. RM20 je. Mata banyak wrinkles T^T Setakat ni guna tak nampak perubahan lagi (hari-hari tidur lambat).

Sekian sahaja entri kali ini. Papai!