May 11, 2018

Pertama kali mengundi

May 11, 2018 19 Comments
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Lain maciammm sikit patriotisme semua orang sejak Malaysia yang baharu ini.

Alhamdulillah pada 9 Mei yang lalu diri ini berjaya mengutip pengalaman berharga untuk pertama kali pergi mengundi. 6 Oktober 2017 merupakan ulang tahun kelahiranku yang ke-21, selang je beberapa hari lepas tu, terus pergi daftar mengundi. Eksaited la katakan.

So, apa perasaan pergi mengundi buat pertama kali ni? Excited, gembira, takut, risau, semua bercampur baur. Excited sebab rasa macam dah dewasa. Gembira sebab dapat menjadi ejen penyelamat negara gituh. Risau tu sebab takut pilihan kita tu tak tepat. Dua minggu sebelum PRU tu aku baca segala perbandingan manifesto, tengok sejarah parti-parti politik, dan lepas penamaan calon ofkoslah kaji peribadi calon yang bertanding di tempat aku. Dekat sosial media banyak fitnah melata, susah nak bezakan mana yang benar, mana yang salah.