5/11/18

Pertama kali mengundi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Lain maciammm sikit patriotisme semua orang sejak Malaysia yang baharu ini.

Alhamdulillah pada 9 Mei yang lalu diri ini berjaya mengutip pengalaman berharga untuk pertama kali pergi mengundi. 6 Oktober 2017 merupakan ulang tahun kelahiranku yang ke-21, selang je beberapa hari lepas tu, terus pergi daftar mengundi. Eksaited la katakan.

So, apa perasaan pergi mengundi buat pertama kali ni? Excited, gembira, takut, risau, semua bercampur baur. Excited sebab rasa macam dah dewasa. Gembira sebab dapat menjadi ejen penyelamat negara gituh. Risau tu sebab takut pilihan kita tu tak tepat. Dua minggu sebelum PRU tu aku baca segala perbandingan manifesto, tengok sejarah parti-parti politik, dan lepas penamaan calon ofkoslah kaji peribadi calon yang bertanding di tempat aku. Dekat sosial media banyak fitnah melata, susah nak bezakan mana yang benar, mana yang salah.

Something to ponder.

Lepas dah istikharah, doa minta petunjuk, aku benar-benar yakin apa yang aku akan pangkah. Sebelum masuk pintu tempat mengundi tu pun berdebar-debar lagi tau, tapi aku berzikir dan serahkan segalanya pada Allah. Tangan kita ni akan menjadi saksi, semoga apa yang kita pangkah ada manfaat.

Dapat tahu kena pergi saluran 11, saluran orang muda. Terserempak dengan ramai kawan-kawan lama sekolah rendah dulu. Tapi memang ramai yang amat. Sesak tu tak payah cakap la. Saluran 9, 10, 11 berselirat macam ular sawa tau queue tu.

Ni dekat koridor sekolah tingkat 3.

Setelah 3 jam beratur menggapai oksigen~

Banyak yang aku belajar dua tiga minggu ini. Antaranya:
1. Ilmu itu cahaya. Rujuklah sumber primari.
2. Nak baca media sosial boleh, tapi kebanyakannya banyak putar belit.
3. Retweet benda positif je la. Takut-takut kalau sebar fitnah, kita dapat dosa sekali.
4. Buntu? Doa. Istikharah. Kita manusia ni lemah, banyak kita tak tahu. Minta Allah pandu untuk bezakan yang mana baik, yang mana buruk.


Not necessarily true, but it's something we can think about.


Akhir kata, tahniah Pakatan Harapan! Tahniah, rakyat Malaysia!

15 comments:

  1. It must be a nice and thrilling experience for you :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, it was really nice. Tersenyum lepas buang undi tu.

      Bila tunggu SPR umum pun nice experience jugak, semua berjaga malam hahaha ~

      Delete
    2. Yessss, I read a lot of tweets about people staying up waiting for the result. I wanted to wait as well tapi masa tu baru habis kerja, memang mata tak tahan dah so tidur je. Bangun-bangun dah ada kerajaan baru. Hahahah :D

      Delete
  2. mesti berdebar2 kan pergi pertama kali mengundi. pengalaman yg menarik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. At first I thought my debaran was unnecessary. But I'm not alone, ramai juga yang berdebar sebab macam amanah rakyat jelata kan.

      Delete
  3. It was my first time too but luckily, I tak payah beratur pun sebab line muda mudi kosong..! hahaha.. Settled mine in 10 minutes and yes, I had to agree memang bila compare the manifestos and stuff, it's confusing to decide..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestnya 10 minit dah settle! I don't know how others decide nak vote siapa, but I decided not to just ikut-ikut orang. At least kena kaji jugak >.<

      Delete
  4. Tampuk kepimpinan dah berubah, harapnya semua akan berubah ke arah yang lebih baik.. 😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kerajaan dah berubah, kita pun kena berubah jadi rakyat yang lebih bertanggungjawab! :D

      Delete
  5. wah bestnya dapat mengundi...im only 15 and long way to go nak masuk 21 tahun ahahah but wah sikitnya akak punya ink kena jari! sya tengok orang lain punya pergh ink macam satu jari terus hahah

    http://mylittlestoryi.blogspot.my/

    ReplyDelete
    Replies
    1. You can vote 10 years later. Nanti dah capai umur boleh mengundi jangan lupa daftar tau.

      Yes entahlah masa nak celup dakwat tu kerani tu cakap "dah", so sikit je dakwat ni kena "inai" XD

      Delete
  6. Saja nak cakap masa mengundi haritu beratur ada 2 org ja dekat depan..huhu

    ReplyDelete
  7. Every time nak mengundi je mesti rasa macam kecut perut tak tau lah kenapa. But yes to a new experience.

    ReplyDelete