August 5, 2018

4D3N Summer Trip to Jeju Island | DAY 3 & DAY 4

Assalamualaikum dan hai semua!

Before I start, you may read my previous entries (if you haven't) here:
I decided to put DAY 3 and DAY 4 into one entry because nothing much happened on the fourth day. So now, let's get started!

DAY 3

Sudah tiba masanya untuk check out dari Jeju Won Resort. Masa tu pukul 7.30 pagi gitu kot. Tak ada orang pun dekat kaunter so I just dropped the key into the box provided. Tak dapatlah ucap selamat tinggal kepada oppa si penjaga kaunter sobs sobs.

Actually pagi tu kalau ikut plan asal nak pergi Jusangjeolli cliff dulu. I ajak my friends pergi air terjun since we already cancelled out Spirited Garden from the itinerary sebab dah puas tengok garden HAHAHA. I prefer tengok nature instead of something man-made??? 

Disebabkan air terjun tu lagi dekat, so pergi air terjun dulu.

1. Jeongbang waterfall
Ada tiga waterfall paling popular dekat Jeju but we decided to go to Jeongbang waterfall since it's famous for its "water that falls directly into the sea." Yelah alang-alang sampai sini kena tengok benda yang menjakunkan kita ye dok?

Actually we arrived there pretty early. Pukul 9AM baru kaunter tiket bukak but we arrived around 8.30AM? I must say Jeju punya tourism sector sangatlah well planned sampaikan semua benda ada admission fee. Ada banyak lagi reasons kenapa iolls kata mereka sangat well planned menyebabkan iolls begitu kagum sepanjang berada di sana. 

Sementara menunggu pukul 9AM weolls berjalan-jalan dahulu dekat satu taman terpencil atas saranan seorang ahjussi. Ahjussi ni pun satu, orang tanya Jeongbang waterfall dia tunjuk arah taman terpencil pulak ayoyoyo. Kenapa iolls kata terpencil? Sebab banyak sarang labah-labah dekat pokok-pokok di situ. Macam tak ada orang. Kalau malam-malam mesti best woooo shoot cerita hantu dekat situ.


Dekat hujung tu house of shell katanya. Sebab dinding dia banyak tampal sea shells. Macam rumah terpencil yang menyeramkan. Ini semua salah Murshidah sebab dia kata seram aku turut berfikiran bukan-bukan huhuhuh.

First time dalam hidup tengok spider web besar gedabak macam ni. Aku risau aku akan menjadi spiderwoman.

Seram-seram pun view cantik!

Makin mendekati pukul 9AM makin ramai orang berkerumun dekat kaunter tiket. Sampai kena beratur uollssss! Weolls pun pergilah ke kaunter bila barisan mula surut. Dia suruh tunjuk passport sebab ada youth price kan MWEHEHE tapi iolls lembab sangat nak jolok passport dari beg sampai orang tu kata, "blabla tokate blabla gwenchanhayo~~" so I told my friend tak payah dah tunjuk passport kita sebab sama je umur kita semua ni.

Kena turun tangga.

Bird's view.

Best dan sejuk.



Sebagai seorang intellectual mestilah iolls tertanya-tanya part manakah air tawar bertukar rasa masin? Teringin nak rasa air tu hahaha (my friend actually tasted it) tapi risau manalah tahu ada leptospira kang tak pasal-pasal kena kencing tikus lololol.

Di belakang itu air tawar.

Yeahh di belakang weolls air masin!

Cuaca summer dekat Korea sekarang sangat panas so memang nikmat bila main-main air terjun yang sejuk ni. Tahukah anda jika kita rendam tangan dalam air sejuk satu badan akan turut berasa sejuk??? Itulah cara iolls menyejukkan badan di sana.


Dengar bunyi air mengalir pun adalah satu terapi. Allahu... Sangat best dan menenangkan jiwa. Dekat sini double tenang lah kot sebab boleh dengar bunyi air terjun plus air ombak sekaligus! Haa kan best tu~~~ Ibarat beli burger set COMBO.

2. Jusangjeolli cliff
Famous for its columnar shaped cliff. Lebih kurang macam hexagonal gittew. Sangat cantik ya gaung ini tuan-tuan dan puan-puan sekalian. First time nampak gaung rasa nak terjun.

Foto menunjukkan cik aisyasakura yang ingin terjun gaung tetapi risau akan mendapat skull fracture.

Sangat cantik hokay.

Nah lihatlah betapa birunya air laut itu.

Breathtaking view.

3. Yeongmori Coast
Time ni sedih gila sebab tak sedar pulak ada skrin LED tulis Yeongmori Coast ditutup sebab high tides. Penat tau weolls berjalan turun bawah dah bayar parking last-last pagar tutup. Ahjussi jaga parking pun tak bagitahu Yeongmori coast tutup. Pekerja tukang bancuh simen pun tunjuk arah Yeongmori coast kepada weolls tapi tak bagitahu ianya tutup huwaaaa. Since it's the third day already we were so tired. Kaki iolls sangat sakit kena patah balik naik bukit apa semua.

Bila dah patah balik naik atas barulah iolls nampak skrin LED tersebut. Siap ada bahasa Inggeris tapi malangnya dah terlambat pulek. Ada banyak cafe sekitar situ tapi malas nak masuk sebab japgi nak pergi Innisfree pun ada cafe. And bila nak balik tu I realised ada kawasan free parking like WHUTTT membazir 2,000won weolls (nasib bukan I yang bayar).

Mujur view dari atas pun tetap cantik.


4. Camellia Hill
Atas permintaan Murshidah yang suka sangat hydrangea, weolls ke sini. Actually dekat mana-mana garden pun ada hydrangea since it's summer time. 


Dalam banyak-banyak garden man-made yang weolls pergi, I must say I like Camellia Hill the most. Maybe because it gives macam sweet vibes. Ramai couple dating dekat sini dan waktu tu memang ramai sangat orang, so yeah, macam sweet gittew.



Masa tu terik dan panas gila cuaca. Tak ubah macam dekat Malaysia. Lagipun weolls pergi waktu tengah hari so can you imagine???? Semua muka lesu dan penat je. Weolls cuma senyum masa ambil gambar tapi nampak benor tak ikhlas. Sampailah weolls masuk the second greenhouse dalam Camellia Hill, Murshidah and 'Afifah decided to drop by its small cafe. Lepas makan ice cream dekat cafe terus ceria dan segar bugar weolls semua! 

Let me introduce you ice cream tangerine Jeju yang sedap sangat-sangat itu!

I always thought iklan Korea menipu sebab in ads during commercial break artis muka ceria lepas makan but it actually happened to us there. After the first bite you can see muka semua orang bright macam sunflower!

Of hydrangeas, bulbs, and brochures.

Hydrangeas!!!

My favourite spot inside. Di bawah pepohon rendang boleh pulak dia pasang mentol lampu. Tapi romantik gittew.

5. Innisfree Jeju House
Sebab K-beauty fan so rasa macam wajib singgah sini. Ramai sangat orang masa tu since its summer time kan, rasa macam meriah. Dia macam gabungan Innisfree store, cafe and family corner? Ada tempat customise your own soap which I think it looks fun! Tapi ramai sangat orang, meja semua penuh tak dapatlah nak join buat sabun. Tapi memang datang nak tengok je dan ter-shopping sikit LOL~

Orang Jeju suka bebenor susun batu kan?

Ada tester dan jualan.




I ended up buying face mask sheets sebab murah dan jugak minyak wangi!

6. Osulloc Tea Museum
Ini pun tak ada dalam plan asal tapi ianya terletak bersebelahan dengan Innisfree Jeju House, so alang-alang tu wajiblah singgah! Lagipun iolls ada terbaca blog mengatakan matcha roll cake dekat sini sedap, so I ajak my friends masuk dalam.


Dekat dalam tu ada pameran sikit mengenai teh, lepastu ada tempat jual segala teh Osulloc. I only bought one box of canola honey tea and green tea chocolate. Bila balik menyesal sebab TEH DAN CHOCOLATE DIA SEDAP I SHOULD'VE BORONG-ED EVERYTHING T^T 

Nama pun museum kan.


YESSS GREEN TEA!!!

OK baru tahu.



Ini set paling famous. Kongsi 4 orang pun cukup. Nikmat tak terkata!

5. Hyeopjae Beach
Ini bukanlah pantai paling famous dekat Jeju. Kebetulan ternampak dekat signboard masa nak pergi Innisfree. Since Innisfree and Osulloc ramai sangat orang, tak mungkin boleh ambil wuduk dekat toilet mereka. Nak solat tengah-tengah ramai orang tak mungkin juga. Jadinya iolls cadang kita solat dekat pantai pada petang itu.

We came here without proper navigation. Wifi tiada, so we couldn't google phone number Hyeopjae Beach untuk cari location pada GPS. Mujurlah Aqilah and I know how to read Hangul, so belasah je taip dekat GPS guna Hangul. Actually I didn't know how to spell Hyeopjae because they romanized it wrongly kot hahaha but Aqilah came out with the correct spelling. Belasah je drive ikut GPS menuju ke Hyeopjae Guesthouse apa tah, selebihnya ikut sign board je. AND WEOLLS TAK SESAT!

Sampai sana ternampak 7 Eleven untuk bertanya ahjussi "hwajangsil odiyeyo?". Ahjussi kata dekat pantai sana ada toilet (obviously). Toilet tepi pantai tak rasa bersalah sangat nak ambil wuduk dekat sinki since lantai toilet dia memang dah basah dah pun. So bahagia kejap dekat situ.

A funny thing happened there masa weolls nak solat. My friends cadang solat bawah khemah kanopi yang macam ada meja lebar tapi boleh duduk atas tu??? Sumpah I tak nak solat dekat situ sebab macam tak sedap hati. Dah lah ada dua orang ahjussi tengah main baduk dekat bawah kanopi hujung tu, diorang pulak nak solat dekat situ. Risau kena marah tapi my friends dah bentang sejadah dah pun HAHAHA SELAMBA JE KORANG KAN so iolls hanya menurut perintah.

Belum sempat I nak tadah tangan baca doa tetiba ada ahjussi bebel-bebel belakang weolls. Punyalah terkejut oi! Terus iolls bangun pastu dia bebel lagi "blablabla manhi manhi" which I misheard as "mari mari" so tak faham langsung! HAHAHA.

Lepas my friend 'Afifah habis solat dia roughly translate bahawa ahjussi tu suruh aku jangan bangun, teruskan doa tu. Minta Tuhan turunkan rezeki banyak-banyak dekat tempat diorang. Sebab tu lah dia kata "manhi manhi". Aqilah misheard ahjussi tu kata "money money" sebab kanopi tu nampak macam untuk disewa sebab tak ada orang lepak pun dekat situ.

Ahjussi tu bagi air yogurt macam vitagen dekat weolls. Sweet kan? I was really touched by his act. Rasa nak nangis and macam... tak sia-sia jadi Muslim ni. Sepanjang dekat sini the locals there semua baik-baik T^T

Macehhh ahjussi kasi air yogurt!

Lepas dah solat, weolls pergi lepak dekat pantai! Yeay! Actually kalau dah namanya pantai, mana-mana pun cantik.

We really had fun there :-)

Sebelum balik singgah 7E tadi sebab haus.

We didn't wait for sunset sebab kena pergi ke Jeju City untuk check in second hotel.

6. Jungang Shopping Mall
Dalam hangul jungang dia spelled as jeonggang hokay so I'm not sure how to pronounce it. Lepas dah check in hotel malam tu, terus ke sini untuk shopping. 

We had problem untuk cari parking. Luckily ada seorang ahjussi yang jaga parking berbayar kata "you can park outside. Gwenchanhayo~" So weolls pun parking la tepi jalan tak payah bayar. It wasn't a proper parking space pun. Tapi dah ahjussi tu kata tak apa weolls ikut je. Lepas dah parking tu 'Afifah ternampak ahjussi tu keluar pastu dia tanya "GWENCHANHAYO???!" HAHAHA pastu dia angguk je. Sempat berborak sikit, macam biasalah ahjussi tu tanya dari mana, pastu dia kata Yeppeo blabla Malaysia blabla. Mungkin dia nak kata my friend ada muka seorang Malaysian dan cantik lah kot.



By the time masuk sana dah pukul 9PM dan banyak kedai mula tutup. Kedai skin care paling last tutup. Nasib baik sempat beli souvenir walaupun macam tengah buat mission running man je. Kelam kabut oi! Kenapa kedai nak tutup awal sangat maaaaa.

Tengah kelam kabut tawaf sekeliling mall sempat lagi ahjumma penjaga kedai baju tegur dari mana dan weolls jawab Malaysia lepastu dia jerit "Yeppeudaaaa~~~". Perbualan berlaku semasa weolls sedang berjalan pantas HAHAHA.

Ada lagi seorang ahjussi jerit "Ma-lei-si-aa~~~" sambil tunjuk kerepek dari Malaysia LOLOL mengapa mereka begitu peramah.

Inilah kerepek yang ditunjukkan oleh ahjussi tersebut. Barangkali inilah kerepek kegemaran ahjussi tersebut.

7. Artbox, 24 hours MARTRO
We discovered these two shops yang sememangnya berjaya mengubati jiwaku yang lara akibat kegagalan shopping dengan bergaya di Jungang sebentar tadi.

Artbox.

Banyak stationeries comel dalam ni!!!!!! KYAAA!!!

Lama jugaklah duduk dalam Artbox tu. Kedai dia bertingkat-tingkat pulak tu. Semua barang comel, cuma bilangan duit iolls je yang tak berapa comel. Huhu. We stayed there sampailah kena halau sebab kedai tutup pada pukul 10 malam.

Weolls teruskan berjalan lepastu mata terus bersinar bila nampak tulisan 24 seolah-olah memberi harapan bahawa weolls boleh teruskan shopping. Happy gila melintas jalan sebab that kedai memang 24 hours dan ala-ala Tunas Manja/TMG dekat Kuantan sikit interior design dia.

Actually ada dua benda yang iolls dah list yang sememangnya wajib untuk dibawa balik: 1. BANANA UYU, 2. MAXIM COFFEE.

Hati sedih, hati pedih apabila tak jumpa banana uyu untuk diborong. Lepas masuk Martro terus cari banana uyu and JUMPAAAA!!!! Murshidah was joking like, "muka kau bahagia gila lepas nampak banana uyu, berbeza betul dengan tadi." LOL.

This kedai saved our life and also mood of the night.

Cuba teka mata siapa yang bersinar tatkala melihat ini.

Dan pemborongan pun berlaku di situ.




So pengajarannya kalau nak letak waktu shopping dalam itinerary jangan letak waktu malam, because Jeju City is called the city that sleeps after 10.

DAY 4

View from hotel room. Before check out.

Maka tibalah hari terakhir sebelum berangkat pulang ke tanah air. Sebelum check out hotel jalan-jalan sekitar Jeju City. We captured a lot of street photos. HAHA. Tumblr-ish gittew.


Kalau dalam K-drama jalan macam ni banyak scene orang kena tikam waktu malam XD

Lepastu lepak dekat convenience store, 'Afifah belanja icecream dan kopi. Best pulak lepak situ. Dalam kdrama lepak situ waktu malam kan, dah kenapa weolls buat waktu pagi tah.

Starbucks dekat sini slightly cheaper.


Kopi hazelnut. Sedap.

Aiskrim melon. Any products from Binggrae memang menepati citarasa betullah. Saya bagi 5 bintang.

Selepas itu weolls pun menuju ke premis AJ Rent-a-car untuk memulangkan kereta. Oppa yang jaga bahagian car return handsome seh, macam artis. Aku terharu sebab ramai handsome-handsome tak nak jadi trainee ka? Kalau suara sedap konfem jadi kpop idol.

Aqilah tak muat beg so dia nak kasi oppa yang jaga kaunter hotel. Malangnya yang shift pagi jaga kaunter hotel ahjussi pulak. Nak bagi oppa AJ Rent-a-car malu ittew. Akhirnya selamat diberi kepada pemandu shuttle bus AJ. "Seonmul," kata Aqilah. Ahjussi bas tersebut kelihatan begitu terharu sekali. Untung jadi pemandu bas dapat Maggi cup from Malaysia sekali pakej ada Mi Sedaap Indonesia dan koko krunch.

Sampai airport agak awal so sempat airport shopping dekat Olive Young.

Sebelum tu makan dulu. Dekat airport baru jumpa onigiri tuna setelah puas mencari. Jumpa banana uyu light dan mulberry uyu juga. Coffee uyu dan melon uyu je tak jumpa sampai ke sudah.

BT21 X Olive Young! Peminat BTS mesti suka.

Alhamdulillah safely landed in Malaysia. Thank you Air Asia X!

It was a really memorable trip! I enjoyed every moment there walaupun moment lepak makan ice cream je. My travel buddies are fun to be with. Semua tak cerewet dan banyak je mengikut cadangan iolls. Banyak juga benda yang tak dirancang tapi best. In the end itinerary flexible habis because we read a lot! Akhir kata, JEJU BEST!!!

11 comments:

  1. such an awesome trip! and semua gambar awak ambil cantik sangat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mostly gambar yang cantik were captured by my friends XD

      Delete
  2. Seronoknya bila baca post ni. Rasa macam ada dekat situ juga :D

    Terus rasa nak repeat Korea & Jeju lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Farah yang dah pergi Korea lama2 pun rasa nak repeat, apatah lagi saya iniiii T.T

      Delete
  3. You can certainly see your skills in the work
    you write. The world hopes for more passionate writers such as you who
    aren't afraid to say how they believe. Always follow your heart.

    ReplyDelete
  4. Masha Allah, cantik betul pemandangan di negara orang, akak pun berharap satu hari nanti akan jejak ke sana..

    ReplyDelete
  5. bestnya!!! Jeju Island memang bakal pergi nanti inshaAllah. bleh akak amek itinerary ni utk rujukan? :D

    ReplyDelete
  6. best gila gi jejuuuu cantiknya! dah lama teringin nk pegi sini lepas slalu tengok post2 dekat jejumuslimtravel.

    parking sat, nnti nak baca semua entry jeju akak!

    ReplyDelete