December 27, 2018

Hotel-hotel yang best di Singapore

December 27, 2018 8 Comments
Assalamualaikum dan hai semua!

I'm back with a new blog post hehe. Siapa yang kaki travel dijemput baca. Tak dapat dinafikan Singapore antara destinasi pilihan kalau nak travel sebab banyak tempat menarik. Yang paling popular antaranya ialah Universal Studios Singapore. Alang-alang dah sampai sana rugilah kalau tak melawat tempat-tempat sekitarnya kan? Tak payah risau kalau nak bermalam sebab banyak pilihan tempat penginapan yang ada, tinggal kaji dan pilih je. Kali ni iolls rajin sikit nak share a few of Singapore hotels. Yeay!

1. Orchard Hotel Singapore


Sebuah hotel dengan style yang menarik di tengah Orchard Road (daerah shopping dan entertainment utama Singapore). Hotel ni ada 656 bilik dan jugak suite.



Dia punya internal deco sangat superb, penuh bergaya gituh. Direka khas untuk memenuhi keperluan semua. Kalau uolls nak lari dari kesibukkan kerja/stress, uolls boleh book hotel ni kat Traveloka. Ada restoran, ada swimming pool dan yang lagi best, with non-smoking area. Sesiapa yang tak suka bau rokok macam iolls mesti suka! #SayNoToSmoking LOL

2. Hilton Singapore




Hotel ni terletak di tengah-tengah Orchard Road, dan kalau nak berjalan kaki ke stesen MRT Orchard, lebih kurang 3 minit je dah sampai. Hotel ini merupakan best choice untuk yang datang kerana urusan kerja atau bisnes sebab hanya berjarak 10 minit drive ke Central Business District dan 20 minit drive dari Lapangan Terbang Antarabangsa Changi Singapura. 


Ada 421 bilik dan suite moden yang ada view bandar atau boulevard, ditambah pulak dengan ruang kerja yang direka ergonomik dengan akses Wi-Fi. Untuk privacy and extra facility, boleh pilih bilik Executive Floor untuk uolls enjoy Wi-Fi percuma dan akses ke Executive Lounge dengan business support facility, sarapan percuma dan small refreshment sepanjang hari. 


Untuk sesiapa yang suka enjoy dinner mewah, hotel ni juga menawarkan enam pilihan tempat makan yang inovatif termasuk grill untuk steak, dan restoran Itali atas bumbung (yang pernah menang award lagituh). Hilton ni juga ada swimming pool atas bumbung, fitness centre yang dibuka 24 jam dengan peralatan yang lengkap, dua tingkat butik mewah dan indoor therapeutic massage.

3. Regent Singapore, A Four Seasons Hotel


Hotel ini berada di tengah-tengah bandar dan business district. Kalau bosan-bosan, bolehlah berjalan kaki sekejap ke Taman Botani dan Orchard Road. Hotel ini juga lengkap dengan swimming pool dan fitness centre. Lokasinya strategik sebab terletak di kawasan Sungai Singapore yang ikonik di Robertson Quay, Four Points by Sheraton Singapore, riverview yang terletak dekat dengan CBD, Chinatown, kawasan membeli-belah yang terkenal di Orchard Road, Clarke Quay dan Boat Quay dan tarikan lain, seperti Gardens by the Bay, Marina Bay dan Singapore Botanic Gardens. 



Hotel ni jugak dalam jarak berjalan kaki ke Tiong Bahru. Ada 476 bilik dan suite moden kesemuanya, dengan internal decoration berkonsepkan kontemporari gituh. Uolls boleh enjoy pemandangan bandar Singapore dan jugak view sungai yang cantik. Bolehlah nak snap gambar masuk insta! HAHA. Nak selfie pun dipersilakan. Senang cerita hotel ni menyediakan keperluan yang lengkap, dengan outdoor swimming pool, restoran, dua fitness centre yang dibuka 24-jam dan Wi-Fi percuma di seluruh hotel! Berbaloi untuk percutian.

Okay, kalau uolls nak tahu rate of the hotels yang iolls share ni, boleh pergi ke web Traveloka atau apps-nya for more details. Uolls boleh compare the price, check the availibility of the hotel, dan book terus dari situ. Easy dan dijamin selamat.

Till then, bye!