September 21, 2019

Resipi agar-agar milo santan

September 21, 2019 20 Comments
Assalamualaikum dan hai.

Abaikan gambar tupperware dan piring yang tidak aesthetic ini. Ini je yang ada dekat hostel.

Hari ni rajin pulak nak share resipi. Kisahnya bermula apabila iolls beli santan lebih sebab nak masak kari. Lepas dah beli baru teringat my mom pernah bagi tips nak masak kari sedap, tak payah letak santan. So, I was like, waduh, apa harus kulakukan dengan santan ini?! Dasar santan! Dah lah berlemak!

Lepas tu aku pun pergi beli serbuk agar-agar satu paket tanpa memikirkan masa hadapan. Hajat di hati nak buat agar-agar santan + Milo sebab Milo je yang ada dekat hostel ni haaa. Aku pun tak tahu wujud ke tak agar-agar milo santan dalam dunia yang fana ini kahkah mulalah berangan nak namakan agar-agar ni agar-agar aisyasakura kengkononnya akulah yang cipta resipi ni.

Bila aku google resipi agar-agar mostly keluar agar-agar santan pandan/agar-agar santan gula melaka. Akan tetapi, tanjat gegirl bila nampak satu-dua resipi yang letak santan dalam agar-agar Milo mereka. Cis, dah pernah orang buat rupanya. Kira bijak jugalah aku ni dapat cipta resipi yang sudah lama tercipta mwahaha. #BerfikiranPositif 

Resipi ni mungkin beza sikit dengan resipi yang keluar dalam carian Google yang lain, sebab inikan resipi iolls? mihmih.

Awas: tidak sesuai untuk mereka yang sedang diet.

Bahan-bahan:
Serbuk agar-agar 10g
Milo 12 sudu besar
Gula 8 sudu besar
Telur 1 biji
Santan 1 kotak kecil (200ml)
3 cawan air

Cara-cara:
1. Mula-mula, panaskan air dalam periuk. Bila air dah panas, tambah Milo dan gula. Kacau sehingga sebati, sehingga tiada lagi ketulan-ketulan Milo kelihatan.
2. Tutup api.
3. Kemudian, pecahkan telur dan kacau lagi. Masukkan santan. Kacau sehingga sebati.
4. Buka balik api. Masukkan serbuk agar-agar. Kacau sehingga sebati.
5. Teruskan mengacau sehingga mendidih. Lebih kurang 10 minit. Jangan berhenti kacau sebab takut nanti Milo tak sekata.
6. Bila dah mendidih, tutup api. Ambil tupperware, basahkan permukaan tupperware dan kemudian tuang adunan ke dalam tupperware.
7. Tunggu sejuk dalam suhu bilik. Agak-agak dah mengeras, masukkan dalam peti sejuk. Siap!

Rasa dia macam coklat berlemak-lemak gittew. Kalau rasa nak ternak lemak dipersilakan mencuba. Akhir kata, jangan lupa bersenam!

September 15, 2019

What I ate in the past few months

September 15, 2019 11 Comments
Assalamualaikum and hai.

I run out of ideas what to update here, so I'm just gonna post some photos from my phone gallery - FOOD, FOOD, AND FOOD!

I've been spending a lot of money on food nowadays. I'm always hungry and I can't skip meals - it's unhealthy and may ruin your mood. I started to cook more this year, but the pictures below will not be my home-cooked meals (apparently because they were not aesthetic to be captured in photos, and I even eat straight away from my periuk sometimes mihmih).

So let's get started!

I went to this restaurant in front of my campus regularly to have my dinner. Kuew teow goreng and nasi goreng tomyam + telur mata. Telur mata is a must!

Kalau pergi cool blog mesti nak air ni. Mint oreo chocolate. (Siapa yang kata perisa mint rasa macam ubat gigi jom jumpa kat parking lot! *insert garang emoji*)

Salmon at Manhattan Fish Market. I guess I just come here bila ada promo je. LOL.

 
Kuew Teow Kungfu and Nasi Goreng USA @ Kedai makan depan Hospital Temerloh.

That one time when I was curious how almond milk tastes like. Sedap! But I prefer regular milk la. But this one tastes amazing for my iced latte.

Another Jaya Grocer goods. Ahhh this one is so sedap! Tapi sedut sekali dua dah habis dah. Mahal pulak tu. I will only buy again bila rasa kaya.

Kome Thai Restaurant Temerloh. Kuew Teow Ladna + Nescafe Ais. Sedap la jugak cuma Nescafe Ais dia terlalu manis. Maybe I should've ordered Thai food.

Bihun goreng tomyam, Nasi goreng USA. I usually order either Nescafe O Ais or Nescafe Ais. Tapi selalu kecewa sebab manis.

That one time bila kelas yang patut start pukul 7AM postponed to 9.30AM. Terus pergi sarapan sebab lecturer suruh. AHHHH BESTNYA ROTI CANAI DI PAGI HARI!

Kuew Teow Tomyam + Karot Susu. Yes everybody, I like kuew teow so much.

Bibimbap at Myeongdong Tteokbokki. I always order bibimbap kalau pergi Korean restaurant. Sebab dipenuhi sayur-sayuran. The kimchi is nice. Tapi side dishes dia letak sikit sangat lorh.

I forgot its name. Rasa macam ayam goreng tepung celup sos kicap je.

MyKori! Dua-dua sedap. Tapi the mango one, Hanbing punya bingsu lagi sedap.

 
Especially this one! Very yummy!

Nasi Goreng Cendawan @ Johnny's Restaurant.

Chicken Grill + Iced Milk Coffee @ Atmosphere Restaurant, Kuantan. Maybe Chicken Grill paling sedap I've ever tried. Cuma iced coffee tu rasa macam nescafe + serbuk creamer + susu pekat manis je; unlike what I expected.

The only picture of my home-made dinner. Bihun tomyam featuring Cha Junho of Woollim Entertainment (now X1's Cha Junho).

Chicken chop + some leftover kuew teow goreng which I cooked + some spinach.

Had a rough week at that time, I felt the need to reward myself with expensive coffee sold at 7Eleven. Starbucks punya tu memang sedap, tapi King's Molten punya tu rasa dia memang unacceptable (in other word, tak sedap langsung dan tidak layak untuk dijual).

Bulgogi @ Myeongdong Tteokbokki after my surgical posting exam. Rasa macam ayam masak kicap. Even the iced green tea dah diluted. Kinda disappointed. Lain tukang masak and lain branch memang makanan rasa lain.

Iced Vanilla Latte @ Chatime. Last time sedap gilos, this time punya too sweet. Lain pekerja lain rasanya. Sobs. I can make better coffee tbh.

4Fingers! Ayam dia sangat sedap. Kentang pun sedap. I ate a lot at that time. HAHAHA.

Ice blended mocha @ Coffee Bean & Tea Leaf. Sedap lah jugak but this is not the best ice blended mocha I've ever tasted.

That's all! Till next update, bye!


September 1, 2019

2019 Skincare Routine

September 01, 2019 7 Comments
Assalamualaikum dan hai semua.

August is ending soon. Sekejap je masa berlalu. Lagi 4 bulan nak masuk Wawasan 2020. What?!
Tajuk entry ini 2019 Skincare Routine sebab sepanjang tahun ni, so far iolls ada consistent skin care routine. Well, tak adalah consistent mana sebab kadang-kadang ada certain steps yang iolls skip sebab malas, hoho. Tapi here are the products that I've been using for the past half year. Let's check it out!


1. Safi Balqis Micellar Water

Yang ni okeylah bila nak remove makeup. I use this bila dekat luar je, nak remove makeup before solat. Takdelah makeup tebal pun biasanya, just sunscreen, foundation, dengan lipstick sikit. I think okaylah. It serves its purpose. Murah pun murah. Hohoho.

2. Biore Oil Cleanser

Yang ni kalau nak remove makeup bila dah dekat rumah. Rasa kulit bersih and lembut je. Lagi bersih daripada guna Micellar water alone. Yang pasti ianya affordable. Hohoho.

3. Hada Labo AHA+BHA Cleanser

Rasanya dah banyak kali dah iolls tukar-tukar cleanser. Selagi tak puas hati selagi tu tukar. Kalau jumpa yang best pun mahal sangat, so asyik try cleanser baru je HAHAHA. This one is my second tube. Before this guna Hada Labo Hydrating Cleanser, macam tak puas hati sangat since I have oily to combination skin. Cuma InsyaaAllah I'll stick to this cleanser sebab puas hati lah jugak. I still get hormonal breakouts anyway.

4. Melano CC Vitamin C Lotion

Vitamin C ni best! Walaupun tak tahu berapa percentage Vit C dalam ni, tapi memang nampak perubahan. Acne scars lagi cepat pudar. I used to apply Wishtrend punya Vit C serum tapi macam tak berbaloi? Wishtrend punya cepat sangat oxidize and botol kecik pun mahal. Tapi Melano CC ni botol besar RM50, boleh tahan lama, tak oxidize. Berbaloi lah kan. I wanna recommend this one untuk sesiapa yang struggle dengan acne scars. I will buy it again.

5. Aiken Tea Tree Oil Toner

This toner is okay dan cheap. This is my third bottle kot? Since toner cepat habis, tak nak guna toner mahal-mahal sangat. This is not my favourite toner tapi dia okay je, so I'll keep using this sebab nak jimat. Hohoho.

6. Hada Labo Blemish & Oil Control Hydrating Lotion

This one pun best jugak. Tak nak cakap banyak, hydration is key. Dah guna berbulan-bulan everyday pun tak habis lagi sebotol ni. Best best. I will buy it again. 

7. Nature Republic Super Aqua Max Moisturizer

Sebenarnya this moisturizer okey je, cuma dia wangi sangat. Iolls memang tak berapa suka produk yang fragrance kuat sangat. I'll keep using this one sampai habis and then try moisturizer lain pulak.

8. Aiken Tea Tree Oil & Hiruscar Anti-Acne SPOT Gel

I use these two for spot treatment. Aiken punya tu quite okay untuk keringkan/kecutkan jerawat but I'm not sure about the Hiruscar one? Sebab kalau guna Hiruscar alone, tak nampak beza pun jerawat tu. Kalau guna Tea Tree Oil tu dia cepat sikit kering. The Aiken one is my second bottle already and I'll definitely buy it again. Cuma Hiruscar tu tak beli lagi kot, maybe nak cari acne gel lain pulak.

9. Cosmoderm Vitamin E Cream 1,000IU

To be honest, iolls dah lama tak apply benda ni sebab tak suka sangat. Dia buat kulit rasa berminyak disebabkan consistency dia. And tak nampak perbezaan pun bila pakai. I will not buy it again. 

10. Palmer's Cocoa Butter Formula Skin Therapy Oil

Yang ni quite berkesan jugak untuk pudarkan acne scars. Bila iolls combine dengan Melano CC Vit C tadi, acne scars lagi cepat hilang. Cuma benda ni oily, so waktu malam je pakai atau bila duduk rumah je. Satu botol kecik ni tak sampai RM10 pun, and boleh tahan berbulan-bulan. Recommended and I will buy again.

That's all. Bye!