September 21, 2019

Resipi agar-agar milo santan

Assalamualaikum dan hai.

Abaikan gambar tupperware dan piring yang tidak aesthetic ini. Ini je yang ada dekat hostel.

Hari ni rajin pulak nak share resipi. Kisahnya bermula apabila iolls beli santan lebih sebab nak masak kari. Lepas dah beli baru teringat my mom pernah bagi tips nak masak kari sedap, tak payah letak santan. So, I was like, waduh, apa harus kulakukan dengan santan ini?! Dasar santan! Dah lah berlemak!

Lepas tu aku pun pergi beli serbuk agar-agar satu paket tanpa memikirkan masa hadapan. Hajat di hati nak buat agar-agar santan + Milo sebab Milo je yang ada dekat hostel ni haaa. Aku pun tak tahu wujud ke tak agar-agar milo santan dalam dunia yang fana ini kahkah mulalah berangan nak namakan agar-agar ni agar-agar aisyasakura kengkononnya akulah yang cipta resipi ni.

Bila aku google resipi agar-agar mostly keluar agar-agar santan pandan/agar-agar santan gula melaka. Akan tetapi, tanjat gegirl bila nampak satu-dua resipi yang letak santan dalam agar-agar Milo mereka. Cis, dah pernah orang buat rupanya. Kira bijak jugalah aku ni dapat cipta resipi yang sudah lama tercipta mwahaha. #BerfikiranPositif 

Resipi ni mungkin beza sikit dengan resipi yang keluar dalam carian Google yang lain, sebab inikan resipi iolls? mihmih.

Awas: tidak sesuai untuk mereka yang sedang diet.

Bahan-bahan:
Serbuk agar-agar 10g
Milo 12 sudu besar
Gula 8 sudu besar
Telur 1 biji
Santan 1 kotak kecil (200ml)
3 cawan air

Cara-cara:
1. Mula-mula, panaskan air dalam periuk. Bila air dah panas, tambah Milo dan gula. Kacau sehingga sebati, sehingga tiada lagi ketulan-ketulan Milo kelihatan.
2. Tutup api.
3. Kemudian, pecahkan telur dan kacau lagi. Masukkan santan. Kacau sehingga sebati.
4. Buka balik api. Masukkan serbuk agar-agar. Kacau sehingga sebati.
5. Teruskan mengacau sehingga mendidih. Lebih kurang 10 minit. Jangan berhenti kacau sebab takut nanti Milo tak sekata.
6. Bila dah mendidih, tutup api. Ambil tupperware, basahkan permukaan tupperware dan kemudian tuang adunan ke dalam tupperware.
7. Tunggu sejuk dalam suhu bilik. Agak-agak dah mengeras, masukkan dalam peti sejuk. Siap!

Rasa dia macam coklat berlemak-lemak gittew. Kalau rasa nak ternak lemak dipersilakan mencuba. Akhir kata, jangan lupa bersenam!

11 comments: