December 6, 2019

Ejen Ali The Movie | Review

December 06, 2019 2 Comments
Assalamualaikum and hai!


Kali ni nak review Ejen Ali The Movie pulak. I watched this movie last Sunday, ALONE. #ForeverAlone 

Actually, I never watched the series, but I've heard from my friends that the series memang best walaupun Ejen Ali ni animation. Kira kartun yang adults pun akan suka. Bila movie dia keluar, iolls pun pergi marathon series dia dekat Youtube. Ada dua season, 13 episodes each season. So, dua hari je dah siap marathon. Kiranya macam homework yang iolls suruh diri sendiri siapkan as a preparation before pergi tengok movie ni XD

Bila sampai cinema, punyalah beratur nak beli tiket dekat ticketing machines GSC tu. Iolls target nak tengok tayangan pukul 11.30AM, I reached there pukul 11AM. Semua dok nak tengok Ejen Ali sampai tinggal sikit je seats untuk tayangan-tayangan pada hari itu. Kahkah, siapa suruh iolls pergi cinema hari Ahad kan. Tinggal 3 seat je untuk pukul 11.30AM. Tapi disebabkan pergi sorang, yang tinggal semuanya seat untuk seorang, dapatlah beli tiket pukul 11.30AM. Yeay!

Opening
From opening je dah menarik. I like the concept la, sebab flow dia dah cantik from the very beginning. Dia dah bagi "klu" from opening lagi bila part Ali kemas barang mak dia tu. Part Ali throwback arwah mak dia tu sendu sangat sampai iolls rasa nak nangis (TAPI BERJAYA CONTROL MACHO).



Characters
Ada beberapa characters baru yang tak ada dalam series dia. Dato' Othman, Ejen Fit, Ejen Bobby, Niki, dan lain-lain. Rasa macam bagus sangat iolls pergi marathon series dia before tengok movie ni, sebab dah kenal ramai characters. Watak-watak mamaks dekat Mamak Maju tu sangat menghiburkan hokay! Best sangat! Penat tahan gelak sebab terhibur sangat.


Dari series lagi iolls kurang gemar dengan watak Ali yang pemalas dan pendek akal tu. Ali memang asyik buat masalah sebab pendek akal sangat XD Bijaklah sikit Ali oiiii. Tapi biasalah tu, kalau watak Ali bijak sangat kang tak ada konflik pulak movie ni. Can't blame him much since Ali is only 12 years old. Lagipun best la sebab Ali punya character development adalah sesuatu yang menarik untuk ditonton.


I personally like Ejen Alicia and Ejen Rizwan. Tapi Ejen Rizwan tak ada pun dalam movie ni (ada beberapa saat je dalam post-credit scene). Dalam movie ni baru tahu apa sebenarnya hubungan General Rama dengan Alicia.

I like Comot sangat! Walaupun kucing kartun je.

Storyline
Story dia sangat tersusun rapi bagi iolls. Flow pun cun sangat! Memang iolls sebagai rakyat Malaysia bangga beb, hidung kembang je sepanjang movie ni. Tak sangka movie yang gempak macam ni Malaysian-made. Terharu seh.

Sebenarnya bagi sesiapa yang tak pernah layan Ejen Ali punya series pun boleh je faham movie ni. Tapi I personally think you guys akan enjoy much more kalau dah khatamkan kedua-kedua seasons series dia sebab banyak benda baru yang dia reveal kat dalam movie.

Ada plot twist dalam movie ni which I think good for Ali's character development. 

A lot of super-duper-funny scenes! Sampai ke hari ni iolls tak boleh move on hokay! Part Abang Bear karaoke bahasa kelate tu tak menahan betul. Abang Bear adalah watak villain yang iolls sangat suka. Scene Mamak Maju, scene movie Tamil General Rama memang berdekah habis laaa. Senak perut iolls gelak.


Scene Ali dengan mak dia sendu sangat sampai sebak hokay. Tapi akak macho macam iolls ni setakat sebak je la, tak nangis pun. (Tak sempat empangan mata nak pecah sebab dah masuk scene lain kahkah).

Soundtrack Kita Jaga Kita memang ngam sangat dengan movie ni. Saya suka!

Pengajaran
Jangan pendek akal macam Ali dan jangan sombong macam Dato' Othman. Selain itu, hargailah ibu kita sobs sobs.

Ending
Ending pun best seh. Iolls suka part lawan-lawan bila semua ejen turun nak bertarung tu. And Ejen Ali punya override mode best seh! Ahh suka sangat!

Overall
Iolls bagi 9.9/10. Tolak 0.1 markah sebab rasa tak puas dan nak lagi. Malangnya kena tunggu season 3 huhuhu I hate waiting XD

December 2, 2019

Frozen 2 | Review

December 02, 2019 2 Comments
Assalamualaikum and hai! I'm back! (Well, not really)



I watched Frozen 2 like... 1 week ++ ago? Tapi baru nak update sebab baru teringat kewujudan blog ini kahkah. 

The reason I wanted to watch it is because I really like the first movie of Frozen which was released 6 years ago. Masa tu zaman iolls SPM. Cepat je masa berlalu. So, bila keluar berita Frozen 2 nak release, iolls excited lah kan. 

Actually, I never went to the cinema alone before. Rasa tak complete kalau tak ada kawan. But at that time nak sangat tengok punya pasal, I drove all the way from my hostel to the mall sorang-sorang.

Opening
Opening dia biasa-biasa je bagi iolls. Macam biasa la, banyak nyanyi-nyanyi. Tapi rasa kureng sikit soundtrack Frozen 2 ni. Entahlah. I prefer first movie punya soundtracks.

Characters
I really like Elsa's character. Sejak first movie lagi Elsa is my girl crush hokay. Sebab macam strong independent woman gittew. Olaf macam biasa, cute and funny. Kalau Olaf takde, hambar la kot movie ni. Banyak characters baru tapi tak impactful sangat.



Suka gila Elsa bukak tocang dia! Girl crush hokay!


Storyline
Enjoyable, cuma I think kureng la daripada first movie. Rasa macam tak reach the klimaks that I wanted. Dia macam hampir ke situ, tapi tak sampai. Hahaha faham tak? Ada part yang iolls hampir nak nangis bila Elsa cakap pasal parents dia yang dah meninggal tu (TAPI NAK JAGA MACHO TAK JADI NANGIS).

Story dia heavier than the first movie, I don't think kids can actually relate to it? Kalau aku jadi budak pun tak pasti enjoy ke tak. Sebab ada budak sebelah iolls merengek kat mak dia nak balik walaupun movie belum habis, so idk? XD



Ada 2 part yang iolls terhibur. First, part Olaf "Samantha?" tu dengan part Kristoff nyanyi lagu jiwang sendu konon shoot MV dalam hutan tu XD Macam biasa, part nyanyi memang banyak so rasa macam storyline dia pendek je sebenarnya, nyanyi je lebih. Hohoho.

Ending
Ending dia best la jugak. Okay for me. Cuma nothing wow la. Haha.

Adakah aku kecewa dengan Frozen 2? Nope, tak kecewa sangat cuma it could be better la for me. Penat tunggu 6 tahun, I actually expected something wow XD

Rating: 7.5/10