January 9, 2020

Resipi | Korean Style Fried Spaghetti

Assalamualaikum dan hai semua!

Dah lama sebenarnya plan nak post resipi ni tapi baru sekarang mood nak menaip tu datang. Harap blog ni masih ada pembaca. Kalau tak syok sendiri, ye tak?

Mungkin mereka yang follow igstory/twitter iolls dah tahu pasal resipi ni sebab iolls pernah share, jadi untuk menguar-uarkan lagi resipi yang sangat sedap ini, makanya rajinlah jari iolls menari-nari di papan kekunci pada hari ini.


This recipe is inspired by a Chinese (or is it Hongkong or Taiwan??? IDK) vlogger, iolls ubah sikit resipi ittew mengikut kesesuaian bahan yang senang didapati di Malaysia. Gittewwww.

So, let's get started!

Bahan-bahan:
  1. Spaghetti
  2. Bawang merah sebiji
  3. Bawang putih 6 ulas
  4. Korean Gochujang sauce
  5. Kicap manis
  6. Garam
  7. Dada ayam
  8. Chicken meatballs
  9. Sayur kubis
  10. Minyak masak
  11. Cili besar
  12. Sesame seeds
  13. Air

Cara-cara:
  1. Mince/potongkan halus-halus kecik-kecik bawang putih.
  2. Ambil mangkuk kecik, gaulkan bawang putih dengan 3 sudu besar kicap, 3 sudu besar gochujang, 2 sudu besar minyak, 2 sudu besar air, dan 2 sudu sesame seeds.
  3. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang merah sampai naik bau. Kemudian, masukkan sos yang dah digaul tadi.
  4. Masukkan ayam/chicken meatballs, sayur, cili besar, dan spaghetti. Boleh tambah air sikit.
  5. Akhir sekali, perasakan dengan garam sedikit.
  6. Siap! Boleh sprinkle sesame seeds sebagai hiasan.


This is the chicken meatball that I've used in this recipe. Meatballs ni ratah begitu sahaja pun sedap!

Till then, bye!

4 comments:

  1. terliuqqqq huwaaaa ... dah lama tak makan spaghetti..

    ReplyDelete
  2. apesal senang sangat recipe niiiii huwaaaaa. baru je masak carbonara tadi, kalau pagi tadi baca post ni memang malam ni jugak try recipe ni hahaha tapi takpelah kita bookmark kan dulu hehe thanks!

    ReplyDelete
  3. 2nd time lawat entry ni tiba-tiba terperasan 'study week' plan tu, drawing tu menarik lahhhhh

    https://itsthesuraya.blogspot.com/2020/02/notice-changing-blogger-e-mail.html

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Sis Aisya, jemput sertai give away dengan hadiah tunai RM1000 oleh Mamapipie & Friends.



    Hadiah RM200 (Seorang Pemenang)

    1 x RM200



    Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang)

    2 x RM100



    Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang)

    14 x RM50



    Penyertaan sangat mudah & tarikh tutup giveaway pada 29 Feb 2020. Klik sini sekarang untuk sertai.

    ReplyDelete