Assalamualaikum, hai, hello~
First of all, sorry la sejak dua menjak ni gambar iolls tepek di blog ni buruk-buruk belaka. My room has very poor lighting, and I'm too lazy to put effort to take good photos hewhew. Konon nak buat entry haul, tapi tu lah. Hmmm.
Merujuk kepada tajuk di atas, ya, sayalah si dia yang telah membazir membelanjakan sejumlah wang yang banyak untuk membeli stationery. Dah lama niat di hati nak start bullet journaling, and I thought these items might be useful since I like to make notes too. Psssttttt, sebenarnya ada lagi satu set stationery on the way nak sampai, tengah delivery tu, so can you imagine how much did I spend actually??!! HAHAHAHA.
All of the items mentioned here are from WinzigeStationery.my ye anak-anak. Memang iolls suka beli borong terus daripada sebuah kedai yang sama kalau shop dekat Shopee, almaklumlah, mudahlah sikit bila semua barang sampai sekaligus gedebuk di dalam parcel yang sama. Selain dapat menjimatkan plastik bungkusan parcel, dapat juga menjimatkan tenaga abang posmen ittew.
Paling banyak yang diborong adalah stickers! Sebab murah! Satu packet ada la dalam 40++ stickers, harga dalam RM1-RM2 gitu je sepeket ni. Dah lah comel, lemah betul diri ini.
Ni feveret iolls. Comel kan? Wikikikikipediaaaaaaaaa.
BT21 is wajibul ghunnah.
Sticker kata-kata pujangga untuk menaikkan semangat! Aisehman~~~
Ni pulak sticker bulat bulat dan jugak sticker calendar. Walaupun macam merepek, tapi iolls beli jugak sebab terpengaruh dengan vlogger mihmih.
Ya ampun, buruknya gambar~ Ni buku nota loose leaf binder(?), beli paper inserts jugak. Yang notebook kecik tu iolls pun tak tau kenapa iolls beli. Tak fikir lagi nak guna untuk apa. Aisehmann, sila jangan contohi aksi ini. Merancanglah sebelum membeli.
Washi tapes!! Murah sangat dah tu kalau sekotak tu RM3 -RM4 ada 10 jenis tapes. Ini pun antara barang merepek yang iolls tak faham kenapa ia wujud, siapakah pengasas washi tapes ini, tapi macam biasalah, benda comel yang merepek dimaafkan.
For your information, iolls merupakan peminat setia RJ! RJ comel k! Walaupun iolls tak tahu nak gantung keychain ni dekat mana, risau akan ditohmah masyarakat jika digantung pada beg, tapi haruslah dibeli BECAUSE IT'S RJ!
Ini semua memo pad. Sangat cantik k!!!
Dari kiri: Metallic marker pens (silver, gold), white ink Sakura pen, Sakura Micron ink pen, dual colour highlighter, pen swan pink pelbagai kaler dakwat (what a name -.-"), brush pen (free gift), and cute cardcaptor sakura pen!
Selain dapat seketul brush pen sebagai free gift, dia kasi jugak bookmark magnet as free gifts. Saje lah tu nak kasi hint suruh iolls baca buku masa PKP kan =.=
Sekian sahaja entry ini. Bye bye~
21 Comments
Akak dulu minat sama macam awak. Tapi dulu xde beli online, asal nampak kedai stationery je masuk. Comelnya pen cardcaptor sakura tu!
ReplyDeleteSaya pun kalau lalu kedai stationery memang lemah betul.
Deletefuh
ReplyDeletememang sakan borong nih
hahahaha
Mestiii.
Deletebestnyaaaaa! BV lama dah tak shopping stationery T^T
ReplyDeletekat shopee memang banyak stationery comel dengan harga murah dan berpatutan. setakat nie mampu add to cart je banyak2 XD
letak dalam wishlist je dulu, bila rasa kaya, beliii.
DeleteEverything is so cute and pretty! I can go crazy went it comes to stationery shopping.
ReplyDeleteKannn.
Deletebest nya shopping stationary ! comel comel pulak tuu
ReplyDeleteYesss.
Deleteehe walaupun da 3 series tapi samala mudah tergoda tengok benda2 macam ni jugak..
ReplyDeleteyeay sama sep sikit!
Deletesekarang apa2 pun beli kat shopee je sebab barang comel + murah. ada satu seller ni jual stationery gak, comel2. Looters Box nama shopee dia :D selalu usha situ hehe
ReplyDeleteI know looter's box too. Tergoda jugak.
DeleteLately nih asyiklah nampak orang borong sticker... rasa macam nak beli jugak tapi tu lah... kena pikir dulu nak letak dekat mana kekekeke
ReplyDeleteSaya dari kecik budak hingusan suka beli sticker tapi last-last simpan je. Old habits never die :P
DeleteSemua cute-cute! Rasa nak beli but I know myself well. Confirm kumpul habuk but still comel
ReplyDeleteKumpul habuk ok lagi daripada kumpul anai-anai XD
Deletealamak tengok semua comel2 ni rasa nak g belek pulak kat shopee.. haaaa
ReplyDeletesemua pun kiut...rietta suka stationary jugak....sdg cari washi saize kecil tu....
ReplyDeleteSinggah raya sini. Cantik-cantik. Saya pun ya jurnal biasa je guna pen biru/hitam. Hehe.
ReplyDelete