September 13, 2020

Let's talk about food!

Assalamualaikum and hai!

Diharapkan semua pembaca setia blogku ini berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya, baik fizikal ataupun mental.

Today, I just wanna rate some foods I've tasted for the past few weeks. Iolls ni suka makan dan kuat makan tau, so bila dapat makan benda sedap-sedap, automatik rasa happy. Kajian telah menunjukkan bahawa hormon Serotonin (happy hormone) akan dikeluarkan bila kita makan, especially good food. Mungkin sebab tu kot bila rasa lapar, mood boleh ke laut :P

1. Glaze Eatery, Tamarind Square, Cyberjaya

Haritu pergi lepak dekat Tamarind Square with my high school buddies. Sesaja nak tukar angin sebab asyik lepak IOI City Mall je. Lagipun IOI tu kalau weekend memang ramai sangat orang, rasa sesak pulak. Lagi-lagi musim COVID-19 ni masih berkeliaran di sana sini, seelok-eloknya kita lepak kat tempat yang kurang orang. Mask jangan lupa pakai ya!



I kinda like this place sebab environment dia cozy gittew. Weolls pilih untuk lepak di bawah mentari, bila bergambar terlebih Nur.

Kek caramel ni nampak beshe-beshe je, tapi surprisingly sedap! Kek lembut/moist sikit, so memang layanzzz.

Ini chicken grill. Selalunya kalau pergi makan Western food, I notice that chicken grill punya size mesti lagi kecik daripada chicken chop, I don't know why. Tapi kedai ni punya size/portion chicken grill okey, tak kecik sangat. Berbaloi dan sedap la jugak.


Teh O ais ni memang layanzz lagi-lagi duduk bawah panas mentari. I personally think teh O ais dia sedap, tak manis sangat, tak tawar sangat, tak pahit sangat. Taste bud iolls agak judgemental ya, teh o ais pun cerewet sikit. Tapi yang ni sedap.

No comment about the butter chicken and spaghetti bolognese sebab tu member yang order.

Next, chicken chop! I can say that this is my favourite Western food. Makan ayam je dah boleh kenyang hokay! Ayam dia quite juicy, fries tu pun sedap je, cuma the sauce quite so-so for me. I prefer kalau kuah chicken chop tu rasa black pepper yang kaw-kaw punya, but this one so-so lah for me. Tekak masing-masing.

2. BTS X Babinski Hot brew coffee (Vanilla Latte)


Sebagai seorang peminat coffee, iolls memang suka try pelbagai jenis dan jenama kopi. Lagi-lagi kopi ni ada gambar BTS memang sah-sah la iolls nak beli! Dah lah ada perisa Vanilla Latte!

Kopi ni sedap, vanilla dia terasa, dan yang paling penting, dia tak begitu manis, I loiikeee! Harga dia lebih kurang macam packaged coffee imported from Korea yang lain; Starbucks/Nescafe yang overpriced tu, tapi lagi sedap sebab tak manis sangat. 

3. 7-Eleven express food


That one time I was rushing to (online) class, so I decided to grab anything from 7E untuk alas perut. Dah lama dah 7-E jual makanan express macam ni, tinggal masuk dalam microwave je, pastu boleh terus makan. Almost RM7 untuk ni. Overpriced? Yes, of course. Is it worth? Yes jugak, sebab sedap, portion pun puas hati walaupun nampak bekas ni macam kecik je. Yang penting, cepat dan pantas. Ikan bilis dalam ni pun melambak. 

I'm no longer a fan of canned coffee, tapi iolls suka gila Nescafe punya cold brew! Cold brew ni yang bestnya dia less acidic, so better for your stomach. Perisa hazelnut ni sedap, yang penting dia lagi kurang manis sikit daripada Oldtown punya (I still prefer untuk tambah ais tho, untuk kurangkan lagi manisnya). Rasanya ni je kot canned coffee yang iolls boleh enjoy minum selain Wonda coffee yang takde gula tu.

4. Choco jar

Sejak PKP haritu tengok ramai sangat orang jual choco jar. So iolls pun belilah sebekas untuk mencubanya.



Bolehla, sedap jugak sebab tak manis sangat, just nice. Cuma once dah bukak tu kena cepat-cepat habiskan kot, sebab nanti lama-lama dia boleh masuk angin dan lemau. Bolehla nak makan sekali-sekala dan share ramai-ramai, risau pulak diabetes nanti ;P

5. McDonald's Spicy Korean burger

Not the best McD's burger for me. Tak dapat rasa spicy pun, and I don't know celah mana rasa "Koreannya"..... Hahaha. Ramly burger tepi jalan lagi sedap.


 6. Samyang
I wasn't a big fan of Samyang, sebab selalunya berjaya makan separuh je sebab pedas sangat. Sekarang, kalau dapat Samyang, berjaya habiskan yooohoooo! Lagi padu makan dengan telur goreng. Dah faham dah kenapa ramai orang suka Samyang ni. Katanya makan makanan pedas boleh kurangkan stress; it's kinda true for me hehehe.


7. Xing Fu Tang's Damascus Rose Tea

Entah kenapa masa ni iolls order rose tea instead of milk tea. Masa tu kenyang sangat kot, tak larat nak minum milk-based drink.

Nothing special about this tea other than its aesthetic visual, so belilah boba tea ya kawan-kawan.


8. 10gram, Kuantan

Dekat Kuantan memang melambak kedai makan/cafe yang best-best. 10gram ni adalah salah satu daripadanya.


Ni spaghetti carbonara. Yang bestnya dia ada soft boiled egg at its centre! Sedap! but it would've been better kalau kuah dia lagi creamy, but overall sedap.

Ni Korean spicy chicken. The taste, bolehlah. Not spicy at all. Still tak boleh lawan Kfry punya. I personally would not recommend this.

Other things in the menu macam Aglio e Olio, Mac & Cheese, and breakfast set, semuanya sedap-sedap belaka.

Sekian sahaja entry berterabur kali ini. Bye!

1 comment:

  1. Tamarind Square! rindunya nak lepak-lepak dekat cyber lepas kerja

    ReplyDelete