Assalamualaikum.
Credit: ♥
Cuaca panas di Malaysia ni menyebabkan kulit kita mudah berminyak. Dah la panas, ditambah pula dengan kualiti udara yang berhabuk; kulit kita akan mudah ditumbuhi jerawat.
Kadang-kadang produk yang dibeli di pasaran langsung tak berkesan untuk mencegah jerawat dan akhirnya timbul parut-parut degil yang menyebabkan kita rasa malu untuk berhadapan dengan orang ramai.
Petua-petua:
1. Penggunaan sapuan madu pada parut jerawat semalaman
Cara ni berkesan untuk aku. Tak hairanlah orang kata madu baik untuk kesihatan. Kulit muka aku jarang ada jerawat sebenarnya. Tapi pernah sekali tu kulit muka aku seakan-akan terbakar sebab salah sapu ubat apa tah. Habis teruk muka aku waktu tu; nampak macam orang disimbah asid. Cikgu-cikgu semua terkejut; siap ada yang suruh pergi jumpa doktor pakar kulit lagi. Aku terdetik untuk sapu madu masa tu. Seminggu kemudian, licin balik muka aku. Parut pun hilang. Betapa mujarabnya bahan-bahan semulajadi ciptaan Allah.
Madu sebenarnya bukan sahaja boleh digunakan untuk merawat parut jerawat, bahkan jerawat juga. Tapi, keberkesanannya bergantung kepada individu. Madu ni sapuan yang lembut pada kulit dan boleh mengurangkan iritasi serta kemerahan. Madu juga berkesan untuk memudarkan kesan-kesan hitam pada kulit. Teksturnya sangat lembab dan melembutkan kulit. Rahsianya ialah elemen anti-bakteria yang terdapat dalam madu itu sendiri.
2. Penggunaan aspirin mask
Cara ni susah sikit sebab bukan semua pil perubatan mengandungi aspirin. Caranya, ambil 2 hingga 3 biji pil aspirin dan larutkan dalam air sehingga menjadi larutan pekat. Tepekkan pada parut jerawat, biarkan selama 15 minit dan bilas. Rahsianya ialah salicylic acid yang terdapat dalam aspirin tu.
3. Penggunaan lemon
Cara ni pun susah sebab dekat Malaysia agak sukar nak cari lemon. Caranya, sapukan jus lemon pada parut jerawat, biarkan selama 3 hingga 4 minit dan bilas. Sebelum sapu, pastikan kulit dibasahkan terlebih dahulu sebab jus citrus boleh mengeringkan kulit.
4. Penggunaan air bunga ros
Bagi sesiapa yang ada tanam bunga ros dekat halaman rumah, cara ni paling mudah untuk dia. Caranya, cuma sapukan air rebusan bunga ros pada parut jerawat sebagai toner. Tapi mesti tunggu dia sejuk dululah. Kalau tak nak rebus, rendam pun boleh tapi mengambil masa yang lebih lama untuk sebatikan pati ros tu dengan air.
5. Penggunaan baking soda
Caranya, campurkan baking soda dengan air untuk menghasilkan larutan pekat. Sapukan pada parut jerawat ataupun boleh dijadikan mask. Cara ni boleh membuang sel kulit mati dan memudarkan parut, bergantung kepada kekerapan cara ni diaplikasikan.
6. Penggunaan aloe vera
Aloe vera memang terkenal dengan keberkesanannya sebagai ejen penyembuhan. Sekarang ni dah banyak produk berasaskan aloe vera, tapi sebaik-baiknya guna pokok aloe vera yang asli supaya keberkesanannya lebih ketara. Caranya, sapukan jus aloe vera pada kulit muka, biarkan selama 30 minit dan bilas. Cuba lakukan cara ni setiap hari.
7. Penggunaan kiub ais
Cara ni paling elok dilakukan pada parut jerawat yang masih baru. Kiub ais yang sejuk tu boleh mengecutkan urat saluran darah pada kawasan bermasalah. Caranya, balut kiub ais dengan kertas tisu dan gosokkan pada kawasan parut selama 10 hingga 15 minit sehari.
Source: wikihow
9 Comments
bole try ais tu
ReplyDelete@msredcheesecake
ReplyDeleteyup~
nice info! thanks :)
ReplyDelete@Tedi (interpretzz)
ReplyDeleteno problem :D
tips yg b'guna :)
ReplyDelete@Miss Boo
ReplyDeleteterima kasih :)
Jus lemon memang mujarab...saya telah cuba mcm mcm tapi jus lemon telah pudarkan parut di muka hanya dalam masa 2 minggu
ReplyDeletehai guys. berguna sangat tips ni. yang paling berkesan ais tu. serius, sehariboleh hilangkan kemerahan luka jerawat. saya tak sangka jerwat saya dalam sehari boleh hilang merah dia. syukur sngt. heheh so sekrg memang letak kiub ais dekat tempat kalau dah picit jerawat, sekarg pun mmg setiap hari basuh muka guna air sejuk sangat bets!
ReplyDeletebuat masker avocado + madu pun best! kulit makin cantik..:)
ReplyDelete