Assalamualaikum.
Sejak beberapa bulan yang lepas mata aku berapi; diiringi bunyi trumpet dan drum kerana begitu ramai manusia yang pergi melancong ke luar negara. Mata aku begitu sakit oleh sebab api yang membakar tadi. Dadaku berkobar-kobar untuk menyimpan wang supaya aku pulak dapat mendabik dada suatu hari nanti sambil berkata, "heyy orang kampung! iolls dah pergi ((insert nama negara maju)) u know! uolls bila lagi? HOHOHO." (joke, joke)
Aku sungguh terharu kerana dapat mengurangkan kos perbelanjaan. Maklumlah, sewaktu jaman-jaman jahiliyah dulu aku begitu boros... Sekarang, bila check akaun bank tengok-tengok duit tak berapa nak luak, bersinar-sinar mata iolls taw hohoho. Berikut adalah cara-cara menjimatkan wang ringgit yang banyak applicable kat student uni je kot?
1. "Makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan."
Tak dapat dinafikan kita banyak habiskan duit untuk makanan. Sebab tu lah bisnes yang paling cepat untung tu biasanya bisnes makanan. Kalau dulu aku habiskan lebih kurang RM8-RM10 sehari untuk makanan. Tapi sekarang, kebiasaannya aku belanja RM4 je sehari untuk makanan. Kadang-kadang RM6 sehari.
Tips dia, aku tak beli air. Minum air kosong je. Lagi satu, aku tak ambil sayur LOL tips ni jangan ikut; tak baik untuk kesihatan. Tapi ye lah, nak jimat punya pasal. Nasi (ambil sebanyak yang mungkin) RM1 + Ikan keli RM3. Aku beli time lunch, dan bungkus. Separuh nasi dan ikan tu aku makan time lunch, separuh lagi simpan untuk makan malam.
Sarapan? Minum air Milo je. Makan benda berat kang ngantuk pulak. Milo ni biasanya aku tak beli yang 3-in-1 punya, tapi beli yang 1kg terus. Jimat sikit. Kalau lapar biasanya aku minum Milo panas.
*iolls sebenarnya bercita-cita tinggi nak jadi cover girl packet Milo*
Point-nya kat sini, tak payah la makan kat tempat mahal-mahal sangat. Sekali-sekala boleh lah. Kalau tiap-tiap hari nak kepci, Secret Recipe, Pitjer Hewt (baca=Pizza Hut), mana taknya duit tu habis.
2. Jangan beli buku
Untuk certain subjects yang boleh dapat buku daripada seniors tu, better tak payah beli buku. Senior aku kebanyakannya baik, diorang bagi free je buku. Ada jugak yang jual dengan potongan harga. Rajin-rajinlah merapatkan silaturrahim dengan para senior anda supaya bila kita mintak buku dia tak ada lah jadi macam situasi di bawah.
Kalau buku tu boleh download ebook version secara free (secara haromm), better tak payah beli. Dah lah berat, larat ke nak bawak? Bawak jelah ipad/tab/phone asalkan ilmu tu sampai. Hoho.
3. Elakkan shopping
Baju dah banyak, shawl melambak, nak shopping apa lagi ha? (marah ni marah ni).
Hmm biasanya aku nak jimat part shopping alat tulis ni, guna voucher. Selalu kan kedai-kedai buku ada offer; guna baucar buku 1 Malaysia minimum berapa ringgit tah, akan dapat voucher lagi. Voucher tu la aku guna untuk alat tulis. Buku nota tak payah fancy sangat, pen pun tak payah la berjenama sangat.
Kalau tak silap pen ni murah. Tapi dah tak jumpa la sekarang. Penat den cari.
Kalau boleh tak payah la pergi outing kalau tak ada urusan penting. Jimat beybeh.
4. Jangan bawak duit banyak masa keluar
Kalau target nak beli sos cili dengan biskut hupseng je, tak payah la bawak sampai RM500 dalam wallet. Takut-takut terbeli jubah Bella Ammara pulak nanti. Shopping apa yang perlu je.
*Gambar hiasan*
5. Jimatkan duit printing, fotostat, dan binding assignment
Cari la printing service yang murah. Kalau aku, aku bawa printer sendiri + guna kertas nipis yang mughah je. Untuk binding, aku beli adhesive tape. Staple dan binding tape sendirian berhad. Jimat.. jimat...
Gambar hiasan: Adhesive tape sedang tersusun rapi.
Kalau assignment tu tebal sangat je baru aku resort to binding jenis ring. Aku pernah kena charge binding tape sampai hampir RM2 T___T Sorry but, mahal lah...
6. Catat perbelanjaan harian
Ok yang ni aku tak buat. Tapi pernah buat untuk satu assignment dulu. Simpan segala resit, then bila totalkan balik, rasa macam, "Ya Allah! Banyaknya aku belanja!" Dengan itu, rasa bersalah berkunjung tiba dan keinginan untuk berjimat datang menyapa.
Contoh semata-mata.
7. Banyakkan bersedekah
Percayalah the power of sadaqah... Nampak macam keluar je duit tapi sebenarnya ada barakah di situ. Kalau ada public figure yang iklankan nombor akaun bantuan kebajikan kepada mangsa banjir/rakyat Syria/Palestin/etc, bolehlah menderma. Dah mudah nak menderma sekarang... Bila singgah masjid tu carilah tabung masjid. Apa salahnya letak duit dalam tu kan?
Senyum pun sedekah, bagi kucing makan pun sedekah; what you give you get back :-)
So... tu je kot?
"Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."
(Al-Isra' 17:27)
30 Comments
Fuhh, zaman ekonomi skrg tgh mencabar nk tak nak kena berjimat. Kdg2 tgk org kaya mcm jeles jgk, diorg tak kisah pun sehari belanja RM50 hanya utk makan minum (tak trmasuk shopping uolls). Tapi apapun, harta yg kita belanjakan akan disoal nnt.
ReplyDeleteTapi sy mmg x boleh catat perbelanjaan harian. Nnt sy jadi super duper jimat yg sanggup x mkn tu. ahaha
catat perbelanjaan harian tu pun den tak buat XD
Deletepernah buat sekali je. more to "tak ada masa" actually...
Thanks for the tips! Duit sekarang ni mengalir laju macam air. Sekejap je habis..
ReplyDeleteyes :|
Deleteahahahaha saya pun tengah restrictkan diri utk berjimat. utk cara skrg yg paling berkesan kalau ada not 5 hengget hijau terus simpan. bolehlah berjaya jugak kehkeh :D
ReplyDeletesaya tak boleh buat macam tu sebab 5 ringgit tu duit kecik... kalau rm50 boleh je.
Deletekena rajin jimat duit sekarang. kalau tak mmg tak ada apa yg tinggal huhuhu. harga barang pun makin phewwwww susah nak cakap!
ReplyDeletenak compare dengan dulu, memang harga semua dah naik.
Deleteyg nombor 4 tu! sampai boleh terbeli bella ammara pulak dah x'D
ReplyDeletesaya pun baru publish entry tips menabung tadi, hahaha tak sangka berjodoh pulak kita harini keluarkan entry yg sama :p anyway, tips ni mmng berkesan :D
psssttt sebab iolls pernah teringin nak bella ammara tu :P
Deleteselalu apply semua tips ni setiap kali belajar. bila dok umah, takdelah...sebab tak pegang duit langsung...tapi terasalah jugak yang duit ni macam air...huhuhuhu
ReplyDeletekalau duduk rumah sangat best. mmg tak pegang duit. syukur masih bujang (?)
DeleteWah, bagusnya Aisya! Semoga terus berjimat. Selamat mengumpul duit! :)
ReplyDeletewahhh nice tips! baru je kena buat essay pasal ni ><
ReplyDelete:)
DeleteSuka tips ni ! Thanks sebab sudi share :) Fatin pun mengaku, duit Fatin banyak dihabiskan kat makanan je. Sebab nafsu makan cukup kuat tak padan dengan badan kecik ! Haha ! Seriously susah sangat nak tahan diri ni daripada spend duit untuk makanan yang acah2 hipster tu.
ReplyDeleteTapi sekarang ni ada je yang murah. Hehehe. Kena pandai cari :D Sekali sekala tu boleh la kan makan kalau teringin sangat..cuma jangan kerap sangat.. menangis account bank dengan dompet duit tu kihkihkih
yang acah2 hispter tu biasanya lepas habis exam untuk reward diri sendiri je
DeleteWahhh so inspiring.. Memang dalam proses nak elakkan guna kad ATM kalau boleh.. sebab sekali keluar duit macam air je dia mengalir.. Boros & tiada disiplin betul dalam berbelanja.. Satu benda yg paling ketara Tempat mudah duit mengalir ialah di Shopping Complex -_-" Pantang kalau pergi MPH atau Popular mesti beli buku and then simpan sampai berbulan2 pun belum tentu habis huhu..
ReplyDeletesamalah.... masuk mph/popular selalu terbeli macam2
Deletesaya belanja makan satu hari rm10.. dan satu bulan akan ada sekali spend lebih utk makan.. sebagai tanda penghargaan tuk diri sendiri yg penat buat macam2..
ReplyDeletejgn simpan sgt duit tu.. hahaha.. guna bila boleh guna.. makin disimpan makin rendah nilai duit tu tuk masa akan dtg..
boleh baca ada beberapa artikle yang saya tulis di
Rancang Wang site...
:)
Deleteyessss as a student memang banyak betul dugaan nak kumpul duit ni tup-tup end of month dah terpaksa makan sekali sehari.
ReplyDeletemasa jadi student ni lah kena bijak urus kewangan kan
DeletePernah cuba untuk catatkan perbelanjaan harian. Tahan 2-3 hari je lepas tu malas dah.
ReplyDeleteAgaknya sebab tu boros sampai sekarang :(
Same here :|
DeleteAkakkkkk. kusyuk saya bacaa tauu? hehe terima kasih share tips ni. bab makan tu mmg kena banyak sabaq la. makan untuk hiduppppp. heheh
ReplyDeletejarang nak jumpa orang baca benda macam ni dengan khusyuk XD
Deleteyes, even Nabi Muhammad SAW pun makan sikit je. Kita ni makan terlebih.
bagus entry ni
ReplyDelete:)
Deleteakak banyak boros time study.. huwaaaa
ReplyDeletemakan byk2, shopping byk asal masak budak serumah bedal tanpa minta ijin jd malas dh nk bersedekah. heee