Haritu tetiba tekak mengidam gegila makanan Korea sehingga terbawa ke mimpi T^T Sedih iolls. Nasib baik kawan food hunting iolls sudi untuk menemani diri ini untuk melampiaskan nafsu syahwat terhadap makanan.
Makanya diri ini telahpun menggunakan khidmat Uber untuk menuju ke IOI City Mall, Putrajaya. Malam sebelum tu dah tanya Encik Google dah pasal Korean food yang ada dekat mall ini. Iolls telah memilih NAMOO GREY Korean Cafe for the sake of blogging sebab tengok deco restoran dia cam cantik je kan, boleh tepek dekat blog iolls yang dah macam rupa kandang zombie ni mwahahaha. Pastu untuk dessert kami terjah Hanbing Korean Dessert Cafe sebab teringin nak makan bingsu!
1. NAMOO GREY Korean Cafe
Honestly, deco dia memang lawa. I like the 'makhluk' yang tercorak pada dinding kedai.
Mujur sewaktu kami terjah kedai ini, masa tu hari kerja dan tengah lunch hour. Ada LUNCH PROMO only at RM13.90++, tak termasuk service charge (kami dikenakan RM5.06 for it).
Yang ni kalau harga sebenar.
Untuk lunch promo, dapat set main course + side dish + buah tembikai + rice tea. Yang blackcurrant lemon ice tu cuma order tambahan je.
Mula-mulanya aku bayangkan rasa Rice tea tu masam (sebab aku bayangkan rasa tapai nasi campur teh lololol), rupa-rupanya rasa macam air kosong je. Walaupun rupa macam green tea, seriously rasa macam air kosong.
Makanan udah sampe~~~
Aku order Kimchi Fried Rice. Alhamdulillah, berjaya habiskan. Portion dia sederhana, tak adalah banyak sangat so berjayalah makan sampai habis. Boleh tahanlah rasa dia. Nak kata sedap gila tu tak adalah kot? Sedap lagi Bibimbap mwahaha.
Oh ya, restoran ni tak guna chopstick pun, not sure kena mintak atau memang tak sediakan chopstick. Pasal side dish dia pulak, kimchi macam biasalah, aku berjaya habiskan maknanya kimchi dia boleh tahan. My sister said kimchi dia rasa pelik lol tapi aku rasa okay je? Disediakan juga sosej dengan taugeh sebagai side dish. Sosej tu rasa macam sosej digoreng bersama sos cili Kimball lololol. Taugeh tu rasa macam taugeh digoreng bersama tumis bawang macam biasa korang goreng sayur tu.
My friend ordered Kimchi Jigae dengan nasi. Tak adalah sedap mana mwahahaha.
My sister ordered Dakgalbi with rice. Boleh tahan banyak ayam dia.
Before this iolls pernah try DubuYo and Sopoong, and I think sedap lagi both restaurants ni daripada Namoo Grey. Tapi ni tekak iolls, tekak orang lain-lain... ehhe. Boleh cuba try and rasa sendiri ok?
Location:
L1-72 IOI City Mall Putrajaya.
Lot: 3-L1 Seremban Gateway.
Lot: 4A-G3 Publika Dutamas.
2. Hanbing Korean Dessert Cafe
Datang sini nak rasa bingsu je. Ramai instafamous pernah update pasal Hanbing ni, so iolls pun nak try lah jugak.
Ruang kedai tidaklah begitu luas. Kalau datang ramai, pilihlah meja yang gabung ya.
Rasanya yang special dekat sini dia punya bingsu lah kot. Tapi ada jugak menu lain macam nasi, kimbap, smoothie semua tu. Kami pilih Mango bingsu sebab nampak menyerlah mwahaha. Ada Oreo bingsu, green tea bingsu, red bean(?) bingsu, dan lain-lain. Range harga bingsu dalam RM24-RM26 kalau tak silap, tak termasuk service charge ye~
Bingsu dia sedap, cuma I must say that this is not the best bingsu I've ever had. Before this aku pernah share pasal bingsu Dal.komm, honestly bingsu tersebut lagi sedap dan lagi besar dan lagi berbaloi walaupun mahal sedikit sahaja daripada bingsu Hanbing. Tapi yang ni of course sedap! Kongsi ramai-ramai sebab besar~
Order kimbap tuna jugak. Kimbap dia pun is not the best kimbap I've ever had hahaha. Rasa macam kimbap kawan aku buat lagi sedap lol. Kimbap dia besar, tak muat nak masuk mulut sekaligus T^T Maklumlah mulut aku ni kecik je, kalau jumpa doktor gigi pun doktor suruh nganga luas lagi walaupun dah nganga seluas mungkin.
Location:
BANGSAR: 33, Jalan Telawi 3.
SUBANG JAYA: GF-09, SS15 Courtyard.
PUTRAJAYA: LG-75, IOI City Mall.
Sekian sahaja diari food hunting iolls pada kali ini. Harap dapat ketemu lagi. Tatataaa~
6 Comments
Bingsu dal.komm punya lagi sedap ke? Wah kena try lah macam ni before balik hostel :p
ReplyDeleteyup! highly recommended ;)
Deleterasa macam nak nangis aje tgk entry nih... geram sgt
ReplyDeleteT^T
DeleteDua dua tak pernah pergi lagi sebab setiap kali pergi IOI City Mall, mesti melencong tempat makan lain pula. Tapi masih teringin juga nak cuba.
ReplyDeleteioi city mall banyak sangat tempat makan best >.<
Delete