Assalamualaikum and haluuuuuuuuuuuuuuuu.
Dah almost 3 months tak menulis di sini. I struggled so much for the past 11 weeks. But Alhamdulillah here I am, still alive and breathing.
Seeing patients in ward almost every day has taught me to be grateful. Do not take anything for granted. You can stand, you can walk, you can talk, you're doing good beybeh! Kita sentiasa ada ruang untuk merasai kasih sayang Tuhan. Tinggal kita sahaja yang perlu buka mata hati untuk mencarinya dari segenap sisi kehidupan.
I love medicine. I enjoy seeing patients and talking to them; listening to their concerns. Sometimes bila kena marah dengan lecturer, patients pulak yang pujuk dan tenangkan hati kita. Hahaha. I cried so much for the past 11 weeks. I couldn't deny that it was so difficult. First, it was difficult to familiarize myself with the hospital environment - it took me several weeks lah jugak. Secondly, I am an introvert. Third, aku berhati tisu dan mudah koyak apabila dimarahi. LOL.
"Akak, medic susah tak?" tanya seorang pesakit belasan tahun kepadaku.
"Err, susah. Hahahaha," dengan tidak professionalnya aku menjawab.
Honestly, the hardest part was to get up after every failure kot? Biasalah dalam hidup ni, ada masanya kita rasa seolah-olah kita dah terjatuh dalam satu lubang yang sangat dalam. Kita rasa macam tak mampu dah nak panjat naik atas untuk keluar daripada lubang tu. Sampailah kita ambil keputusan untuk tak mengalah dan cari jalan untuk keluar. Macam tulah yang aku rasa.
Ada satu kali tu aku kena marah dengan patient (he's an elderly man btw) sebab aku cucuk dia sakit masa nak ambil darah.
"Aduhh, sakit woi! Apahal sakit sangat ni?! Aduhh! Ambil darah pun tak reti ke?!" kata pakcik itu sambil mengerutkan dahi.
Aku terkejut sampai jarum terkeluar daripada lapisan kulit pakcik tersebut. Padahal aku yakin sudah cucuk di tempat yang betul. Panik punya pasal... darah pun tak dapat ambil. Tak berani nak cucuk dia lagi sekali sebab takut kena marah lagi. Aku serahkan tugas mengambil darah pakcik tersebut kepada houseman yang oncall pada malam itu (dan dia juga dimarahi oleh pakcik tersebut wakakaka). I was so disappointed masa tu kerana sudah menyakitkan patient (walaupun dia yang overreacting sebenarnya sobs takpelah mari kita husnudzon).
Mungkin sebab berturut-turut bersemuka dengan pengalaman pahit pada hari itu, maka air mata betinaku pun gugur. Sobs sobs. Tapi relakslah. Bila dah banyak kali bersemuka dengan macam-macam perangai manusia ni kan, lama-lama develop jugak immunity. Lama-kelamaan rasa macam... meh. Aku peduli apa? Yang penting aku buat kerja aku. *insert emoji pakai sunglasses
Akhir kata, kurangkan manis dalam minuman, banyakkan manis dalam senyuman! Wassalam~
4 Comments
fightingggg. May Allah ease everything for you
ReplyDeleteThank you :D
Deletestressful jugak kan.. but its okay. insyallah ganjaran pahala banyak tu tolong orang. u go girl..!!
ReplyDeleteMacam-macam ragam orang yang kita boleh tengok kalau baca pengalaman bakal-bakal doktor masa posting ni.
ReplyDelete